PRN Johor; Tiga Keutamaan Ustaz Amin Sailan Sekiranya Diberi Mandat Di Sungai Balang

63

MUAR – Tiga isu utama yang akan diberikan keutamaan calon PAS-Perikatan Nasional (PN) DUN Sungai Balang, kepada sekiranya diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya negeri Johor, 11 Julai ini.

Ustaz Muhammad Amin Sailan @ Sazali berkata, beliau sedaya upaya akan menyelesaikan masalah banjir yang sering berlaku di kampung Sungai Balang dan sekitar Parit Yusof, selain meningkatkan peluang pekerjaan dan menambah program serta sumbangan kebajikan masyarakat.

“Perkara pertama Kita lakukan ialah, Insya-Allah kita akan turun padang semula mendengar setiap luahan pengundi di setiap daerah mengundi,

“dan menyusun pelan tindakan 100 hari bagi menyelesaikan isu rakyat yang paling mendesak seperti banjir, peluang pekerjaan dan kebajikan,” jelasnya ketika dihubungi hari ini.

Ustaz Amin berkata, sehingga kini, kempen beliau dan jenteranya berjalan lancar, dalam julat memasuki fasa terakhir dengan menerima sambutan yang positif daripada para pengundi.

“sepanjang tempoh berkempen, pasukannya telah menziarahi ribuan rumah dan bertemu ribuan pengundi menerusi program ziarah dari rumah ke rumah, pemasangan bahan kempen serta pelbagai aktiviti bersama masyarakat.” ujar beliau.

Oleh itu, beliau menawarkan kepada seluruh penduduk DUN Sungai Balang, kepimpinan yang amanah, mudah didekati dan komited untuk memperjuangkan kebajikan seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang.

“Saya pernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Maharani berkata pengalaman tersebut akan dimanfaatkan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk Sungai Balang.” tegasnya.

Justeru beliau menyeru seluruh pengundi supaya keluar beramai-ramai, mengundi pada 11 Julai dan menggunakan hak demokrasi dengan bijak.

“Bagaimana kita memilih pemimpin, begitulah juga kita memilih siapa yang akan membawa suara kita. Bersama-sama kita bina Sungai Balang yang lebih berkat, prihatin dan sejahtera serta terus membela nasib rakyat,” katanya.