Pihak Berkuasa Syria Gagalkan Percubaan Letupkan Bas

16

Pihak berkuasa Syria pada hari Jumaat berkata mereka telah menggagalkan percubaan untuk mengebom sebuah bas penumpang di pinggir bandar Damsyik, yang terbaru dalam siri insiden keselamatan yang telah menggegarkan ibu kota dan pinggirnya sejak kebelakangan ini.

Syarikat televisyen al-Ikhbariya melaporkan bahawa pasukan keselamatan menemui alat letupan yang ditanam di dalam sebuah bas di kawasan kejiranan al-Wurud di barat laut Damsyik sebelum ia meletup.

“Pasukan kejuruteraan berjaya membongkar dan mengeluarkan alat tersebut dengan selamat tanpa menyebabkan kerosakan.

“Cubaan pengeboman itu berlaku selepas tiga anggota keselamatan cedera dalam serangan pada hari Jumaat di sebuah pusat pemeriksaan di pinggir bandar Damsyik, Jaramana.” menurut laporan tersebut

Dalam perkembangan sama, agensi berita negeri SANA melaporkan, pihak berkuasa belum mengumumkan sama ada suspek telah ditangkap.

“dua lelaki yang menaiki motosikal telah dihentikan untuk pemeriksaan identiti rutin sebelum salah seorang daripada mereka melontar dua bom tangan ke arah anggota keselamatan, mencederakan tiga pegawai.” tulis agensi itu.

Dalam pada itu, agensi itu menambah, satu pengeboman di sebuah kafe berhampiran Istana Kehakiman di tengah Damsyik, telah membunuh sembilan orang dan mencederakan 20 orang lagi.

“Pihak berkuasa dalam negeri menyifatkan kejadian itu sebagai serangan pengganas yang melibatkan alat letupan buatan sendiri seberat kira-kira satu kilogram dan penuh dengan serpihan logam.

“Pasukan forensik sedang menyemak rakaman pengawasan dan menemu bual saksi, kata pihak berkuasa.” jelas berita itu.

Walaupun bagaimana pun, ia menambah, tiada kkumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas mana-mana tiga kejadian itu, dan pihak berkuasa tidak menyatakan sama ada ia berkaitan.

“Insiden berturut-turut itu berlaku ketika pihak berkuasa Syria meneruskan usaha untuk mengekalkan kestabilan selepas peralihan politik yang menyusuli kejatuhan pentadbiran sebelumnya pada akhir 2024.” lapor agensi itu lagi