Bot Pelarian Rohingya Karam, Ratusan Maut Termasuk Wanita

2073
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita8/Rohingya%20boat%20people.jpg

Walau bagaimanapun, sebuah bot nelayan yang lain sempat menyelamatkan 23 orang penumpang bot terbabit dan telah dihantar ke balai polis Teknaf..

Sebelum itu, Sebuah bot lain dilaporkan membawa sekitar 130 Rohingya Muslim, dari Myanmar ke Malaysia turut tenggelam di Teluk yang sama.

Bot tersebut tenggelam dan ‘karam’ di Teluk Benggala pada 28 Oktober lalu, dalam perjalanan mencari suaka politik ke Malaysia dari pantai Bangladesh.

Agensi Berita  ‘Kaladan’ dipetik melaporkan, Pengawal Sempadan Bangladesh (BGB) Komander Lt Kol Zahid Hossain Teknaf mengesahkan tiada sebarang ‘mayat’ yang lengkap ditemui sehingga kini.

Bagaimana pun, penumpang yang terselamat berkata mereka melihat beberapa ‘bahagian tubuh manusia’ hanyut di luar pantai Bangladesh selepas bot tersebut tenggelam.

“Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan. Pelarian menggunakan motorbot kayu yang mempunyai kapasiti hanya 70 penumpang (tetapi diisi sehingga 130 orang). Bot itu menuju ke Malaysia secara haram. “

“Terdapat tujuh atau lapan wanita di atas bot. Bot karam selepas seorang penumpang jatuh dari bot ke laut dan bot berpusing secara tiba-tiba dalam usaha untuk menyelamatkan dia, “kata mangsa yang terselamat.

Agensi Kaladan mendakwa pemerintah Myanmar (Burma) bertanggungjawab keatas tragedi bot karam itu.

Belia Rohingya terpaksa melarikan diri dari tanah air mereka untuk mencari kehidupan, kerana mereka mempunyai mempunyai sebarang pekerjaan untuk menyara kehidupan ahli-ahli keluarga.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita8/tomas-ojeda.jpgSementara itu, Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru dan memberi amaran kepada pemerintah Myanmar supaya tidak menggunakan konflik di sana sebagai alasan untuk menghapuskan minoriti umat Islam Rohingya.

Ia berikutan, kira-kira 89 orang telah terbunuh dalam pertempuran antara penganut Buddha Rakhines dan umat Islam  Rohingya di barat Myanmar sejak 10 hari, menurut angka rasmi terkini.

“Keadaan ini tidak harus menjadi peluang untuk selama-lamanya menghapuskan komuniti yang tidak disenangi,” kata satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Tomas Ojea Quintana, dan pakar-pakar bebas mengenai isu minoriti dan pelarian.

Mereka menyuarakan “kebimbangan mendalam tentang dakwaan kerajaan dan pihak-pihak lain bahawa Rohingya adalah pendatang haram dan bangsa tanpa kerakyatan”.

“Jika negara mahu berjaya dalam proses peralihan demokratik, ia mesti berani dalam menangani cabaran hak asasi manusia yang wujud,” ujar Ojea Quintana yang juga Penyiasat Hak Asasi Manusia

“Dalam kes negeri Rakhine, ia melibatkan endemik diskriminasi yang telah lama terhadap masyarakat Rohingya yang wujud dalam kerajaan tempatan dan nasional serta masyarakat pada umumnya.”

Rohingya mengatakan rumah mereka telah dibakar oleh puak Buddha Rakhines yang  bersenjatakan lastik, tongkat kayu, pisau dan petrol.

PBB berkata, lebih daripada 97 peratus daripada 28,108 orang yang telah melarikan diri dari keganasan tersebut adalah umat Islam Rohingya.

Ramai antara mereka kini tinggal di kem, menyertai 75,000 pelarian lain yang kebanyakannya bangsa Rohingya selepas keganasan Jun lalu yang membunuh sekurang-kurangnya 80 orang.