Kementerian Kesihatan mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan wabak Nipah akibat penularan daripada Nipah virus yang perumahnya adalah kelawar dan rumah kedua adalah babi.
Setakat ini di dunia telah pun berlaku wabak di India dan di Vietnam. Kerajaan telah pun mengambil langkah kesiapsiagaan untuk mencegahnya lebih awal dengan pengawal kemasukan dan memeriksa pelancong, membuat saringan di kemasukan utama negara seperti di lapangan terbang antarabangsa dan juga di sempadan-sempadan negara.
Wabak sebegini sebenarnya telah pun berlaku dalam negara kita sekitar tahun 1990-an yang menyebabkan kematian yang ramai. Puncanya adalah daripada ladang babi dan di mana babi-babi tersebut telah dijangkiti ataupun sebagai vektornya (agen pembawa virus Nipah). Apabila babi-babi tersebut didekati dan menjangkiti manusia, maka berlakulah jangkitan. Ini istilah yang diberi nama dalam perubatan jangkitan Zoonotik – penyakit-penyakit akibat daripada haiwan terkena pada manusia.


Jika dijangkiti, kadar kematiannya adalah mencecah sehingga ke 75%, maksudnya tinggi. Dan kalau dijangkiti, menyebabkan kita menjadi demam, selsema, sakit badan dan sebagainya dan yang menakutkan adalah gejala ataupun kesan komplikasi yang serius yang boleh menyebabkan kritikal kepada otak kita yang menyebabkan radang otak kita yang dipanggil nama Encephalitis. Ini juga mendatangkan bahaya dan inilah menjadi punca kepada kematian.
Sebagai langkah pertama adalah kita jaga kebersihan, elakkan berinteraksi atau dekat dengan ladang penternakan babi, bahkan makan babi jangan.
Kedua, sentiasa mendengar arahan daripada Kementerian Kesihatan, dapatkan berita daripada Kementerian Kesihatan jika ada lokaliti wabak-wabak tertentu yang kita jauhi daripada tempat-tempat tersebut untuk menyelamatkan diri kita daripada dijangkiti oleh virus Nipah.
Dr. Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga






























