Oleh : Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU – Semua aktivis dan penggiat media dipelawa untuk memohon tanah untuk kediaman bersesuaian dengan Manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14.
Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu, Yang Diertua Dewan Undangan Negeri (ADUN) YB Haji Yahaya Ali berkata, semua 20 janji awal Manifesto sedang dalam pelaksanaan.
“Jadi sekarang ini kerajaan sedang bergerak kedepan. Kelmarin saya terlibat dalam mesyuarat kita panggil mesyuarat jawatankuasa pelaksaaan manifesto yang ditubuh oleh kerajaan negeri yang dipengerusi oleh Setiausaha kerajaan.
“Jadi setakat yang saya terlibat dalam mesyuarat kelmarin alhamdulillah 20 manifesto yang kita janjikan pada rakyat itu sebahagian telah mula diambil perjalanan,” ujarnya.


Sehubungan itu beliau berkata, golongan media adalah salah satu kumpulan sasar dalam melaksanakan pelaksanaan manifesto.
“Permohonan tanah baru telah dibuka sekarang ini semua yang layak boleh memohon termasuk wakil-wakil media dikalangan kita ini memang tiada tanah.


Justeru itu, Timbalan Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) Haji Sazali Mohd Noor mencadangkan agar kerajaan membuka rancangan tanah untuk dijadikan penempatan petugas media (kampung media).
“Saya mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya mewujudkan satu perkampungan bagi orang media yang mana anak Terengganu yang berhak boleh memohon.
“kalau ada sedikit beri tanah bolehlah berkebun selepas pencen,” jelasnya.





























