Terengganu, Malaysia

Bersedia Capai Kejayaan Lebih Cemerlang Pada PRU16

Bersedia Capai Kejayaan Lebih Cemerlang Pada PRU16

DUNGUN – PAS Terengganu meletakkan sasaran untuk mencipta pencapaian lebih cemerlang pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) dengan memperkukuh kesiapsiagaan jentera pilihan raya.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Hussein Awang berkata seluruh jentera perlu memiliki tekad dan kesungguhan untuk bukan sahaja mempertahankan kemenangan, malah mencipta kejayaan yang lebih baik pada masa hadapan.

“Jentera yang terdiri daripada pelbagai segmen masyarakat perlu bergerak dengan kesatuan matlamat, komitmen tinggi dan kesediaan memikul tanggungjawab perjuangan,” tegasnya.

Dato’ Hussein berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Terengganu yang diadakan di Dewan Arena Square di sini pada malam 20 November.

Beliau menegaskan bahawa kemenangan yang telah dicapai tidak seharusnya menjadikan jentera berasa selesa, sebaliknya perlu menjadi pemangkin untuk meningkatkan prestasi dan kecemerlangan pada PRU16.

Bersedia Capai Kejayaan Lebih Cemerlang Pada PRU16

“Tidak ada noktah bagi sebuah perjuangan yang telah diamanahkan. Titik noktahnya adalah mati. Selagi hidup dikandung badan, kita bertanggungjawab dan akan dipersoalkan Allah sekiranya amanah itu diabaikan,” tegasnya.

Tambah beliau, setiap petugas perlu memahami bahawa perjuangan bukan sekadar memenuhi tuntutan organisasi, tetapi merupakan amanah besar yang perlu dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan seluruh jentera supaya menjadikan keredaan Allah SWT sebagai matlamat utama dalam setiap gerak kerja, bukannya mengejar pujian atau pengiktirafan manusia.

“Matlamat utama kita adalah untuk mendapatkan reda Allah, bukannya pujian,” katanya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan