DUNGUN – Berdasarkan komen-komen di media sosial dan juga hasil temubual di lapangan, rata rata warga Dungun bersetuju untuk memberi undi kepada calon PAS di keempat – empat DUN.
Mengulas lanjut, Ketua Media Baharu PAS Dungun, Asyraf Azhar berkata rakyat melihat satu perubahan ketara apabila wakil-wakil PAS berjaya memulihkan negeri ini dari kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan Umno-BN dahulu.
“Melalui kajian penyelidik Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(IMITS), sokongan kepada kerajaan sekarang adalah 85%, semua berpuas hati dengan gerak kerja dan usaha – usaha kerajaan dalam mentadbir negeri ini.
” Kita percaya rakyat dapat melihat PAS adalah yang paling amanah dalam menjaga kebajikan, kewangan, agama, bangsa dan negeri, amalan merasuah pengundi tidak pernah ada dalam kamus calon-calon PAS,” jelasnya panjang lebar.


Katanya, sepanjang tempoh berkempen tersebut, pendekatan yang diguna pakai adalah turun mendekati rakyat dan mendengar aduan.
“Menerangkan tawaran-tawaran PAS Terengganu, menceritakan kejayaan-kejayaan di DUN – DUN dan negeri, berjumpa dengan peniaga-peniaga, usahawan-usahawan, ikon anak muda, tokoh-tokoh dalam kampung, agamawan-agamawan dan Alhamdulillah rakyat menerima dengan baik,
“Calon-calon juga ada menyantuni ‘orang orang Umno’ sendiri dan mendengar masalah mereka, ada yang menyatakan sokongan kepada PAS selepas temu mata tersebut dilakukan, ” terangnya lagi.
Menurutnya, kempen melalui media sosial sangatlah mencabar kerana pihaknya menghadapi pelbagai serangan dari ‘fake account’ dan pihak yang dibayar khas.


” Pasukan media PAS hari ini bukanlah seperti tahun 2014 dahulu, kami sudah melalui satu fasa revolusi dimana hampir 80% adalah anak muda yang celik IT. facebook, tiktok, instagram, twitter, video, gambar, poster, bahan-bahan sebaran semuanya diolah berdasarkan peredaran zaman sekarang.
“Kempen terakhir adalah seruan calon-calon PAS kepada semua perantau dan pengundi luar untuk pulang membawa undi yang sangat berharga. Kewajipan mengundi itu membawa kebaikan kepada negeri dan negara ,” ujarnya.



























