Wanita Sama Penting Dalam Sistem Pilihan Raya

734
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita8/muslimat3.jpg

Beliau meambah, apatah lagi pada waktu ini, rakyat berdepan dengan kerajaan yang banyak melakukan kejahatan dan kemungkaran.

“Penglibatan muslimat, satu penglibatan yang sangat penting kerana seorang pengundi muslimat sama dengan seorang pengundi lelaki. Di sini kita (rakyat) mempunyai suatu tanggungjawab yang besar.

“Apa lagi kita berdepan dengan kerajaan yang banyak melakukan kejahatan dan melakukan kemungkaran. Sama ada yang nampak, yang tidak nampak. Di sana ada kejahatan yang rakyat tidak nampak.

“Digula-gulakan kita (rakyat) dengan bantuan RM500 selepas itu dia (kerajaan) ambil melalui saman di jalan raya beribu-ribu ringgit. Kita telah ditipu dengan kenaikan cukai, cukai gula, cukai minyak dan cukai macam-macam dinaikan,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Dana Pilihan Raya Umum (PRU13) Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu, di Dewan Tok Guru Rusila, Marang, pada Jumaat 2 November.

Dato’ Seri Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang mendakwa PAS telah mengorak langkah melibatkan muslimat lebih jauh hingga bertanding pilihan raya.

“Hari ini, PAS mengorak langkah melibatkan muslimat lebih jauh sehingga bertanding pilihan raya. Bahkan, penglibatan muslimat bertanding pilihan raya sejak tahun 1959.

“Kawasan ini (Rusila) dahulunya kawasan Dungun. Tahun 1960, pilihan raya Parlimen pertama di sini (Parlimen Dungun) calon muslimat yang yang pertama menang pilihan raya tahun 1960.

“Almarhumah Khadijah Sidek bertanding di sini, seorang muslimat lawan Parti Perikatan (Umno) pada masa itu. Calon muslimat kita (PAS) menang,” jelasnya di hadapan 500 hadirin.

Justeru, kata Ustaz Abdul Hadi, saluran pilihan raya adalah jalan terbaik bagi mengajak orang kembali kepada Islam.

Menurutnya, orang Melayu Islam telah lama meninggalkan hukum Islam  yang berkait dengan politik memerintah negara.

“Kita kena sedar jalan pilihan raya adalah jalan terbaik untuk mengajak orang kepada Islam. Khususnya, mengajak orang Melayu Islam yang telah lama meninggalkan Islam, meninggalkan hukum Islam yang berkait dengan politik, yang berkait dengan memerintah negara.

“Undang-undang Islam tidak diamalkan, banyaknya maksiat, banyaknya jenayah, banyaknya kemungkaran, banyaknya kemalangan. Di jalan raya tidak selamat, di rumah tidak selamat. Jika dahulu di hutan rimba tidak selamat tetapi sekarang di bandar lagi tidak selamat.

“Ini kerana, syariat Islam ditinggalkan dan hendak menjalankan syariat mesti memerintah negeri, kita (PAS) mesti menang pilihan raya,” ujarnya.

Tambah beliau, oleh kerana pilihan raya melibatkan lelaki dan perempuan maka, muslimat mempunyai tugas yang sama bagi menyebarkan dakwah mengajak orang mengundi dan menyokong Islam.

Hadir sama Ketua Muslimat PAS Terengganu, Safinah Jusoh dan seluruh Jawatankuasa Muslimat PAS negeri Terengganu.

Pada majlis tersebut sejumlah hampir RM40,000 berjaya dikumpulkan dari Muslimat PAS Kawasan-kawasan, penyumbang individu serta jamuan pilihan raya di perkarangan Masjid Rusila, Marang.