Wakaf Mempelam Anjur Majlis Silaturrahim, eratkan Hubungan

1715

KUALA TERENGGANU – Anak-anak Terengganu di Perantauan yang berada di Lembah Kelang dijemput menghadiri satu program yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Wakaf Mempelam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan tersebut Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata Majlis Ramah Mesra itu bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

“saya nak merayu, kalau boleh semua anak-anak Terengganu di Perantauan (hadir)……kita ada Majlis Makan di Restoran Warisan dekat Batu Caves dan ada ucapan ringkas,

 

“dan kita beri sedikit taklimat perkembangan semasa tentang apa yang berlaku di dalam negeri Terengganu,” ujarnya.

Beliau yang ditemui di rumahnya kelmarin berkata, turut akan dibincangkan ialah isu-isu semasa untuk memberi penjelasan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Katanya Majlis yang akan diadakan pada Ahad 17 September bermula jam 10 pagi hingga hingga pukul satu petang.

“disamping akan dibincangkan isu-isu kita nak hadap pilihan raya (kerana) ia sudah dijangkakan terlalu hampir,

“semoga kita dapat mengeratkan hubungan dan saya harap semua tidak menguzurkan diri,” jelasnya.