Wadah Lahirkan Generasi Berakhlak

1944

Oleh: M.Faizal Nahwan Abdullah
Foto: Ahmad Ezani Razali

KEMAMAN – Kem Anak Bestari 2017 yang telah berlangsung bakal menjadi wadah bagi melahirkan generasi berakhlak mulia lagi terpuji.

Pengarah Program Kem Anak Bestari, Ahmad Ekhsan Razali berbesar hati dengan kepercayaan para ibu bapa yang sudi menghantarkan anak-anak mereka ke kem ini.

“Saya mengharapkan para peserta yang datang dengan tangan kosong dan tidak pulang dengan tangan kosong,

“saya mengalu-akukan para ibu bapa dapat menghantar lagi anak-anak masing ke kem tahun hadapan agar dapat melahirkan generasi yang hebat,” ulas beliau.

Kem Anak Bestari 2017 telah diadakan di Surau Kampung Jaya, Chukai Kemaman. Bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang bertarikh 2 Disember.

Sambutan para peserta amat mengalakkan dengan kehadiran seramai 173 orang dari sekitar Kemaman yang dianjurkan Pemuda PAS Dun Chukai (PPDC) dan Lujnah Waja.

Sehubungan itu, peserta anak soleh terbaik telah dimenangi oleh Muhammad Aminul Hakim Mohd Nakhaie manakala peserta anak solehah pula dimenangi oleh Nurul Hayati Mohd Mukhsin.

Perasmian penutup dan penyampaian sijil dihadiri oleh ADUN Chukai, Hanafiah Mat dan Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Ahmad Khairuddin Mohd Zaki.