Ustaz Khalil Dirawat di KTS

12642
Ustaz Khalil ketika menyembelih lembu korban di Batu Buruk, semalam

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Malaysia memaklumkan bahawa Ketuanya YB Ustaz Muhammad Khalil, telah dimasukkan ke hospital setelah mengadu sakit di bahagian belakang badan.

Pegawai Khasnya Muhd Khidhir Izaidin berkata, di bawa ke Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS) pada 23 Ogos 2018 pada 6 petang bagi menjalani siasatan lanjutan dan rawatan susulan.

“Kami di maklumkan bahawa YB Ketua Pemuda di jangka akan menjalani MRI bagi mengenal pasti dengan lebih terperinci tahap kecederaan yang beliau sedang hadapi.

“Di atas saranan doktor, buat masa ini di harap agar beliau tidak menerima kunjungan pelawat yang ramai agar beliau dapat rehat dengan secukupnya dan menjalani rawatan yang baik,” ujarnya dalam satu kenyataan

Oleh itu beliau meagajak anggota Pemuda seluruh negara berdoa agar Ustaz Khalil kembali sihat dan segala urusan beliau berjalan dengan lancar.

“agar dapat terus mengemudi Dewan Pemuda PAS Malaysia sebagaimana yang menjadi harapan ramai pihak,” tambahnya.