Ulamak, Profesional Atau Aktivis, Sama-sama Menguatkan PAS – Ustaz Khalil

802

[Lihat Video] Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia yang baru dipilih, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi melihat pemilihan pada Muktamar PAS Kali Ke-59 tahun ini memberikan satu natijah yang sangat baik kepada parti kerana ia menggabungkan semua kepakaran daripada pimpinan yang dipilih.

Apa yang penting, menurut beliau adalah, semua nggota PAS mesrapatkan saf bagi membentuk satu tindakan kerja yang berkesan.

“Apa yang penting sekarang ini ialah kita mestilah mengambil satu pegangan bahawa kita keluar daripada dewan, kita habis muktamar ini selepas mendengar ucapan penggulungan daripada Presiden,

“untuk sama-sama kita merapatkan saf bekerja untuk memastikan parti kita diterima oleh masyarakat,”jelasnya.

Beliau optimis, dakwah PAS akan terus melebar dan tarbiyah di semua peringkat anggota PAS akan bertambah baik sekiranya setiap garis panduan yang telah ditetapkan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi dilaksanakan.

“Harapan saya selepas daripada muktamar ini untuk sama-sama kita merealisasikan setiap garis panduan yang telah ditetapkan presiden, arahan-arahan di semua peringkat samada di semua peringkat samada dewan-dewan ataupun lujnah-lujnah,

“sama-sama kita berusaha bagi merealisasikan impian, tema muktamar kita pada tahun ini “Islam Rahmat Untuk Semua” dapat dicapai, InsyaAllah,”tegasnya.

Mengulas pemilihan saf kepimpinan baru Dewan Pemuda PAS, beliau yakin, keputusan yang dibuat oleh perwakilan Pemuda akan menguatkan sayap PAS itu mraih sokongan dari golongan muda di Malaysia.

“Bagi pemilihan Dewan Pemuda PAS Malaysia yang telah berlangsung saya melihat keputusannya adalah satu keputusan yang akan menguatkan lagi dewan pemuda PAS bagi bekerja untuk memastikan anak muda memberikan sokongan kepada PAS di masa yang akan datang,

“kerana ia menggabungkan semua kepakaran yang ada samada mereka ada di dalam bidang agama, atau pun profesional dalam segenap bidang ataupun mereka yang terdiri dari kalangan aktivis,”ujar beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu.

Menyentuh soal menukar nama Dewan tersebut kepada ‘Pemuda PAS Malaysia’, beliau berkata ia adalah bersifat teknikal, namun tidak menolak untuk mengenengahkan cadangan yang baik itu.

Beliau berharap diri beliau serta semua pemuda diberikan kekuatan oleh Allah bagi melaksanakan amanah yang disifatkannya sangat sangat besar.

“tanggungjawab ini bukan sahaja tanggungjawab yang terletak di atas bahu pimpinan tetapi ianya juga terletak di atas semua ahli PAS dikalangan muda……… bantu-membantu, tolong-menolong untuk menguatkan parti dan jamaah kita,”katanya lagi.