Terengganu, Malaysia

Pemuda Perlu Pimpin Penyatuan Ummah – Afnan

Pemuda Perlu Pimpin Penyatuan Ummah – Afnan

DUNGUN – Anak muda khususnya Pemuda PAS perlu memainkan peranan aktif memimpin usaha penyatuan ummah dengan memastikan gerakan politik bergerak dalam satu hala tuju yang jelas.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, YB Ustaz Afnan Hamimi Dato’ Taib berkata, penyatuan amat penting kerana perpecahan hanya akan melemahkan gerakan serta memberikan ruang kepada pihak lain untuk membina kekuatan.

Menurut beliau, politik Islam seharusnya menjadi wadah yang menyatukan umat dan bukan menjadi punca perpecahan dalam kalangan masyarakat.

“Tidak ada satu keuntungan pun kalau kita berpecah. Kalau kita berpecah, kita rugi. Sebab itu politik mesti menyatukan dan politik tidak boleh memecah-belahkan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam santai anak Muda Himpunan Teguh Memimpin Terengganu di Dewan Arena Square, semalam.

Pemuda Perlu Pimpin Penyatuan Ummah – Afnan

Mengulas peranan anak muda dalam merealisasikan penyatuan tersebut, beliau menambah, golongan berkenaan perlu bergerak mengikut arahan dan hala tuju kepimpinan supaya matlamat perjuangan dapat dicapai secara tersusun.

“Motosikal semua orang pakai. Begitu juga politik, semua orang terlibat dengan politik. Cuma yang berbezanya adalah ideologi, kefahaman, hala tuju.

“Kalaulah di atas motosikal, di atas jalan raya kita boleh berkonvoi bersatu penyatuan tu berlaku di atas jalan raya kenapa kita tidak boleh ada penyatuan dalam bidang politik?

“Kalau sebuah konvoi berpecah kepada tiga atau empat kumpulan, ada yang pergi ke kanan, ada yang ke kiri, ada yang berhenti dan ada pula yang terus berterabur, akhirnya konvoi itu akan hilang arah dan berisiko menyebabkan kemalangan, sama ada melanggar orang lain atau dilanggar pihak lain,” ujarnya.

Pemuda Perlu Pimpin Penyatuan Ummah – Afnan

Oleh itu, beliau menegaskan, begitulah juga keadaannya dalam politik hari ini.

“Apabila penyatuan mula berpecah, ada yang bergerak ke kanan, ada yang ke kiri, ada yang mengambil jalan keras, ada yang patah balik, malah ada yang membuat U-turn berkali-kali.

“Saya ulang, kalau asyik berpusing dan mengulangi perkara yang sama, kita tidak akan sampai ke mana-mana. Konvoi hanya akan berpusing di tempat yang sama, seperti berada di bulatan (roundabout), tanpa sebarang kemajuan,” katanya.

Maka setiap anggota konvoi perlu bergerak dalam satu arah dan menuju destinasi yang sama.

Pemuda Perlu Pimpin Penyatuan Ummah – Afnan

“Kalau tidak, konvoi itu bukan sahaja hilang arah, malah boleh mengundang kemalangan.

“Kalau ketua kata pergi, pergilah. Polis di depan konvoi itu menentukan bila perlu perlahan, berhenti atau bergerak. Kita ikut arahan ketua yang memimpin konvoi tadi sampai ke destinasi,” tambahnya.

Afnan berkata, kepimpinan juga perlu bijak menentukan masa untuk bergerak pantas atau memperlahankan gerakan mengikut keadaan, sebagaimana konvoi motosikal yang memerlukan kawalan kelajuan dan brek ketika berdepan situasi tertentu.

Beliau menegaskan, kesatuan dibina perlu mempunyai hala tuju yang jelas supaya kekuatan anak muda dapat disalurkan kepada matlamat perjuangan yang sama.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan