Terengganu, Malaysia

Kemenangan 32-0 Bukan Alasan Leka – To’ Puan Seri Faizah

Kemenangan 32-0 Bukan Alasan Leka  – To’ Puan Seri Faizah

DUNGUN – Kemenangan PAS menguasai kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu tidak seharusnya membuat jentera berasa selesa, sebaliknya perlu bekerja lebih keras memandangkan negeri itu kini menjadi perhatian di peringkat nasional.

Pengerusi Khairunnisa Terengganu, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman berkata, kedudukan Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) turut menjadikan setiap gerak kerja dan pendekatan politik Terengganu diperhatikan lebih luas.

Katanya, kemenangan besar bukan alasan untuk mengurangkan gerak kerja kerana sokongan pengundi boleh berubah sekiranya jentera leka.

“Sedap dah Terengganu 32-0. Tak payah buat kerja dah. Tak boleh macam itu.

“Sebenarnya lagi kita menang banyak, lagi kita kena kerja kuat sebab ditakuti kerana leka kita, pengundi kita lari, beralih arah,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Dewan Muslimat PAS DUN Rhu Rendang berkata dpada Himpunan Muslimat (HIMMAT) 2.0 sempena Himpunan Teguh Memimpin Terengganu 2.0 di Dungun, semalam.

Kemenangan 32-0 Bukan Alasan Leka  – To’ Puan Seri Faizah

Menurutnya, Terengganu kini memikul amanah lebih besar apabila Pengerusi PN datang dari negeri itu, sekali gus menjadikan cara pentadbiran, pendekatan politik dan layanan kepada rakyat sebagai ukuran.

“Ini bukan untuk dibanggakan tetapi untuk dibuktikan. Apa yang kita buat di sini, cara kita mentadbir, cara kita berpolitik, cara kita melayan rakyat akan dijadikan ukuran.

“Banyak mata memandang, banyak telinga dipasang, media massa bersiap sedia untuk melaporkan apa yang kita buat,” ujarnya.

Faezah berkata, keadaan itu menuntut jentera PAS khususnya Muslimat terus memperkukuh hubungan dengan rakyat melalui gerak kerja akar umbi termasuk ziarah dan mendekati pengundi daripada pelbagai latar belakang.

Katanya, Muslimat tidak boleh hanya bergantung kepada sokongan penyokong sedia ada, sebaliknya perlu terus turun padang bagi memastikan hubungan dengan masyarakat sentiasa terpelihara.

Beliau turut mengingatkan anggota Muslimat bahawa kemenangan dalam pilihan raya bukan sekadar pencapaian politik, sebaliknya amanah yang perlu diterjemahkan melalui kerja berterusan demi rakyat.

“Kita menang itu tak semestinya kita buat kemenangan kita itu untuk kemegahan. Ketahuilah ia adalah satu amanah,” tambah beliau.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan