Oleh : Rusni Hassan
KUALA NERUS – Warga Teluk Pasu yang berada diperantauan disaran agar menubuhkan satu organisasi bagi menyusun atur sebarang program terutama bagi menghadapi pilihan raya (PRU) umum ke-14 nanti.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Pasu, Yang Berhormat Ustaz Ridzuan Hashim berkata, organisasi tersebut sangat membantu terutamanya dalam urusan gerak kerja Majlis Tindakan DUN (MTD) Teluk Pasu untuk menyelaras setiap pengundi yang layak dan telahpun mendaftar sebagai pengundi akan balik untuk mengundi.
“kalau mengikut data yang diperolehi dari setiap cawangan dalam dun Teluk Pasu, lebih daripada seribu orang pengundi di DUN ini berada diperantauan termasuklah Sabah dan Serawak,
“Ianya satu jumlah yang agak besar maka kami (MTD) berharap perantau ini dapat bergerak atas satu organisasi yang tersusun rapi selepas ini dan boleh dibuat mengikut zon-zon yang ditetapkan seperti zon utara, selatan, barat dan timur”, ujarnya.


Menurutnya, program yang julung kali diadakan itu khusus bagi menyambut Aidilfitri bersama warga Teluk Pasu di perantauan yang pulang bercuti sempena hari raya.
“Pada PRU ke 13 yang lalu, 80% warga Teluk Pasu yang duduk perantauan balik mengundi,
“Maka harapan MTD agar pada PRU ke 14 nanti 100% perantau Teluk Pasu dapat balik untuk menjalankan tanggungjawab yg sangat penting utk menentukan masa depan negara,
“Ini dapat dilaksanakan dengan adanya organisasi dikalangan perantau sendiri”, tegasnya.


“Macam baru-baru ni, agihan bantuan menyambut hari raya melibatkan 200 keluarga dan juga program agihan bantuan awal persekolahan kpd keluarga fakir miskin,
“Walaupun menghadapi pelbagai kekangan kewangan namun ianya berjaya di anjurkan maka dengan wujudnya organisasi perantau ini nanti dapat membantu (pihak) MTD untuk mendapatkan dana kebajikan,
“Kita (MTD) akan buat program ini (akan datang) lebih tersusun dan bersedia agar lebih ramai lagi warga dun Teluk Pasu yang balik setiap kali hari raya boleh hadir”, tambah beliau.


“Kami berusaha untuk dapatkan juga van jenazah kerana sebelum ini urusan jenazah ke tanah perkuburan akan menaiki lori biasa dan ianya sangat menyedihkan”, ujar beliau.
Sementara itu, seorang perantau, Muhammad Shafikri yang bekerja di Pulau Pinang ketika ditemui dalam majlis tersebut berkata, Program seperti ini sangat bagus.
“Patut diteruskan dan seeloknya diwar-warkan seawal mungkin agar lebih ramai lagi perantau yang aan hadir”, katanya.





























