Oleh : Mohamad Khazani Abdullah
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHA), Presiden PAS mencetuskan satu isu sensitif apabila beliau membuat kenyataan menentang DAP yang menyokong TPPA kerana kepentingan peniaga satu kaum tertentu sahaja.
Ramai yang silap faham bahawa beliau bersikap anti Cina. Ini tidak benar sama sekali kerana Islam melarang bersikap perkauman sebegitu dan beliau amat memahami serta mematuhi ajaran Islam.
Apa yang TGHA tekankan ialah sikap chauvinis DAP. Marah beliau adalah kepada DAP bukan kepada masyarakat Cina.
Dalam keadaan DAP tahu bahawa TPPA tidak bagus untuk negara keseluruhannya, DAP pertahankan TPPA hanya kerana membawa lebih kebaikan kepada peniaga Cina. Ini sikap tidak baik DAP. Ini yang Presiden PAS marahkan parti chauvinis DAP. Bukan marahkan peniaga kaum Cina.
Soalnya, apa kah perkara negatif yang bakal di bawa TPPA dalam konteks hubungan sosial masyarakat negara ini? Dengan kata lain, apa isunya yang dirisaukan Presiden PAS?
Isu utamanya di sini ialah jurang sosio-ekonomi antara kaum, khasnya antara kaum Cina dan Melayu.
Dengan TPPA, jurang sosio-ekonomi antara Melayu dan Cina akan semakin melebar. Jika ini berterusan, akan mudah berlaku huru hara antara dua kaum ini.
Apa yang telah berlaku di negara jiran, Indonesia patut menjadi pengajaran kpd kita. Apabila kaum minoriti Cina di sana menguasai ekonomi untuk sekian lama, maka golongan majoriti yang hidup susah akan memberontak, dan huru hara berlaku. Ini perlu dielakkan sama sekali daripada berlaku di negara ini. Sebab itu menangani jurang sosio-ekonomi antara kaum adalah amat penting untuk kemakmuran berterusan negara.
Untuk sekian lama, jurang ini terus wujud antara Melayu dan Cina di negara ini. Umno/Bn bertanggungjawab kerana gagal merapatkan jurang ekonom tersebut setelah sekian lama mentadbir negara. Pegangan ekonomi orang Islam- Melayu masih jauh dari sasaran minima 30%. DEB dan dasar dasar selepasnya telah terbukti gagal.
Kegagalan ini bukan disebabkan oleh kelemahan orang Islam-Melayu sepenuhnya, tetapi lebih kepada kelemahan pentadbiran Umno/BN. Kesilapan orang Islam-Melayu adalah krn berterusan memilih Umno/BN.
Selebihnya adalah kegagalan urustadbir Umno/BN dengan budaya kronisma, nepotisma, rasuah, polisi yang sentiasa berubah ubah , dan pelaksanaan caca merba.
Orang Islam-Melayu masih tidak mempunyai kemahiran dan kemampuan yang secukupnya dari segi kewangan, jaringan perniagaan dan kekuatan teknologi. Ini semua lantaran Umno memfokuskan kpd mengaut kekayaan untuk segelintir golongan mereka secara Ali Baba. Projek yg mereka dapat akan diserahkan kpd pihak lain untuk melaksanakannya.
Mereka peroleh kekayaan, orang lain dapat pengalaman, pengetahuan, teknologi, kemahiran dan rangkaian perniagaan.
Akhirnya segelintir kecil Melayu Umno kaya-raya membolot peluang demi peluang, Melayu lain kekal dalam kemiskinan tanpa bertambah keupayaan mereka dari segi ilmu, teknologi, modal dan jaringan perniagaan. Yang dapat semua itu tetap peniaga Cina juga.
Perlu ditegaskan bukan salah kaum Cina dan bukan salah orang Melayu-Islam juga, tapi salah Umno-BN.
Inilah kecelakaan yang Umno jadikan budaya dalam kalangan orang Melayu umno. (Orang Melayu bukan umno tidak terlibat). Mereka tidak mengejar merit dan keupayaan tapi mengejar ampu utk dapatkan peluang seterusnya di Ali Baba kan.
https://youtu.be/9ap20aedbbY
Jadi, sampai sekarang jurang ekonomi Melayu-Cina masih tetap melebar.
Peniaga Cina memonopoli hampir keseluruhan segmen ekonomi. Dari barangan elektronik ke bahan pembinaan, pengangkutan, tenaga sehingga ke pertanian. Mereka juga menguasai hampir keseluruhan “supply chains” dalam setiap industri tersebut.
Orang Melayu hanya terlibat sebagai pembekal (trading) melalui ‘Vendor Deveopment’ Program (VDP) dengan GLC. Itupun selalunya orang Melayu terpaksa mendapatkan produk melalui agen atau pengedar di kalangan orang Cina tempatan atau Singapura. Pengedar Melayu boleh dibilang dengan jari, terutamanya utk pembekalan melibatkan teknologi canggih. Kalau GLC tidak bantu melalui VDP, mungkn tak ada peluang langsung untuk orang Melayu meniaga.
Syarikat selain GLC hanya melihat “bottom line”, perkiraan untung rugi. Tiada agenda pengurangan jurang sosio-ekonomi Melayu-Cina dalam perniagaan mereka.
Umno/Bn gagal dalam memecah monopoli satu kaum ini, dengan cara yang harmoni.
Sekarang Umno/Bn akan melakukan kesilapan lagi. Kesilapan lebih besar yg menjadikan orang Islam-Melayu akan lebih cepat tertinggal di belakang, sehingga merempat di tanah air sendiri; kesilapan menandatangani TPPA.
Dengan TPPA;
1. Tidak ada lagi “protectionism” untuk Bumiputera. Program VDP GLC akan dihapuskan. Tidak boleh ada kuota Bumi, atau keutamaan kpd Bumi walaupun dalam projek kjaan. Bukan dalam perniagaan shj, tetapi juga dalam pendidikan dan lain lain. Inilah yg ditunggu tunggu oleh peniaga Cina sekian lama; membuang semua bentuk “diskriminasi” dan membolehkan mereka terus mangaut peluang yang lebih besar.
Walaupun mereka tidak boleh dipersalahkan, perlumbaan yang tidak seimbang ini hanya akan terus melebarkan jurang sosio-ekonomi seluas luasnya. Ini amat merbahaya kepada negara.
2. Jaringan perniagaan yg sedia ada disokong oleh kekuatan dana dan teknologi memberi kelebihan amat besar kepada peniaga Cina apabila TPPA ditandatangani. Kemasukan pelbagai produk dan perkhidmatan tanpa cukai dari negara negara berkenaan membuka peluang terbaik utk peniaga Cina mengembangkan penguasaan perbiagaan dan ekonomi mereka.
Tanpa sedikit keistemewaan kpd orang Islam-Melayu, tidak ada sebab kenapa pihak luar perlu mengambil orang Melayu sebagai rakan perniagaan mereka.
Semua senario ini adalah amat mungkin berlaku dan ianya amat merbahaya kepada negara.
Dalam jangka masa panjang, amat mudah utk negara terjerumus ke dalam kacau bilau dan anarki. Kesinambungan kuasa politik orang Islam-Melayu juga akan terjejas teruk.
Inilah barangkali kerisauan yang ditimbulkan oleh DS TGHA Presiden PAS. Beliau menentang sifat chauvinis Dap sehingga sanggup menggadaikan kepentingan negara keseluruhannya demi kepentingan segolongan tertentu.
Sikap Dap ini sama saja dengan perjuangan mereka bagi mengadakan pilihanraya majlis bandaran, yang sarat dengan agenda Chauvinis mereka.
Sikap Dap ini amat negatif bukan sahaja kepada kaum Melayu, India dan lain lain, bahkan juga kepada kaum Cina sendiri.
Kita berharap agar kaum Cina tidak diheret oleh sikap negatif DAP ini dan mereka menolak sebarang bentuk chauvinisme perkauman.
Kita juga mengucapkan syabas kepada DS TGHH presiden PAS kerana berani menimbulkan isu sensitif dan amat penting ini.
***Dr Mohamad Khazani Abdullah ialah Naib Presiden, Ikatan Ilmuan Nasional




























