PAS Akan Mencapai Sebahagian Cita-citanya Melalui PRN Sarawak

1488

BINTULU – PAS tidak menganggap Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai pencabar utama dalam persaingan politik bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak kali ke-11, yang akan diadakan tidak lama lagi.

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ia adalah kerana, orang-orang Islam dan bumiputera umumnya telah menyedari bahawa Amanah adalah hanya ‘parti suruhan’ DAP sahaja.

“orang-orang Islam dan bumiputera khususnya menyedari Amanah (dalam) bahasa yang lebih tepat (ialah) ‘khadam’ DAP,

IMG_20160407_150016“Dan (sesungguhnya) PAS lebih banyak daripada Amanah in sha Allah,”jelasnya pada sidang media selepas Majlis Pengisytiharan Calon PAS, di sini semalam, Rabu 6 April.

Namun begitu, beliau tidak mahu meletakkan berapakah kemungkinan kerusi yang akan ximenangi oleh 11 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi oleh PAS.

Katanya, PAS sedar bahawa kemenangan dalam pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi itu bukan satu perkara yang mudah.

“Itu segala kemungkinan, mungkin sebelas, mungkin satu, mungkin dua, dalam politik serba kemungkinanan,

“dan kita kena sedar bahawa kita lebih yakin kemenangan tidak dicapai dengan mudah tapi tidak mustahil,”ujarnya.

Dalam ucapan beliau sebelum mengumumkan kesebelasan calon yang akan bertanding, Ahli Parlimen Marang itu menyatakan, kerajaan mestilah mendengar suara yang dibawa oleh PAS pada pilihan raya kali ini.

Katanya walaupun PAS mungkin tidak menang, dalam persaingan pilihan raya kali ini, tetapi kerajaan perlu mendengar pandangan dari PAS.

“Sudah tentu dalam pilihanraya kita akan kemukakan beberapa cadangan pendekatan kita, Sekurang-kurangnya sesiapa pun kerajaan yang memerintah Sarawak,

“mesti mengambilkira pandangan parti politik khususnya PAS yang paling berpengalaman memerintah kerajaan negeri,”katanya.

IMG_20160407_145927Mengulas lanjut, beliau berkata, PAS juga pernah menyertai kerajaan pusat serta pernah memerintah kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Teregganu dan Kedah.

“(Kita) pernah menyertai kerajaan pusat dari tahun 1970 hingga 1979, kita (adalah) kerajaan negeri pada tahun 1959 di Kelantan, Terengganu dan negeri-negeri lain,

“(Dan kita) pernah bersendiri dan pernah bercampur dengan pihak lain dan pengalaman ini , perlu diambil kira oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri khususnya,”katanya.

Oleh itu, menurutnya, walaupun dalam suasana PAS mengalami diskriminasi, ditekan oleh pihak pemerintah, namun PAS dapat laksanakan sebahagian cita-citanya.