Oleh : Khalid Abdullah
KEMAMAN – Top IT manfaatkan lebihan stok 600 unit buku eletronik ‘e-Book’ dengan mengagihkan kepada 14 buah Sekolah Rendah Islam Dar di seluruh Terengganu.
Pengerusi Lembaga Pengarah Top IT Industries Sdn Bhd, Ustaz Zakaria Dagang berkata, kesemua e-Book berkenaan dalam keadaan baik dan
dapat membantu sedikit sebanyak perkembangan sekolah, terutamanya dalam kemudahan IT.
“Program ini adalah tanggungjawab sosial syarikat kepada insitusi pendidikan Islam dalam menjalankan gerak-kerja atau aktiviti masing-masing.
“Setiap sekolah mendapat antara 30 atau 50 unit e-Book, serta sumbangan kewangan sebanyak RM24,000 yang diagihkan juga kepada 14 buah sekolah,” kata beliau.


Sementara itu, beliau yang ditanya mengenai hala-tuju Top IT selepas diambil-alih berkata, pihak syarikat akan mengembangkan sayap perniagaan dalam industri menara telekomunikasi berikutan potensi besar bisnes itu untuk pembangunan.
“Top IT juga akan membangunkan kembali satu portal e-dagang ‘Payang.My’ untuk kemudahan capaian usahawan tempatan menjalankan perniagaan IKS mereka.
“Payang.My menawarkan perkhidmatan jualan dan pemasaran dalam talian secara percuma kepada usahawan seluruh negara, khususnya dari Terengganu.
“Pusat Bestari.Comm yang ada sebanyak38 buah di seluruh negeri pun akan kira ‘rebranding’ kembali dalam masa terdekat ini,” ujar Ustaz Zakaria lagi.


























