KUALA TERENGGANU – Belia ialah tonggak masa depan negara sejahtera, yang perlu diisi dengan program yang bermanfaat dan berfaedah sebagaimana di tuntut oleh agama.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Beliau, Sukan Dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah berkata, ruang kosong dalam jiwa para belia belia hari ini mesti dipenuhkan dengan ilmu.
“kita melihat belia hari ini tidak tahu kemana dan di mana perlu mereka mencari sesuatu perkara yang boleh memberi mereka sumber pendapatan di samping mengisi ruang kosong dengan berfaedah,
“justeru amat penting badan badan.bukan kerajaan menjadi ‘ejen’ kepada kerajaan dalam melahirkan belia belia yang berintegriti dan berakhlak,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat NGO KT Care, seramai 15 orang di pejabat beliau di Wisma Darul.Iman pada Khamis, 24 Mei 2018.
Oleh itu, beliau berkata, besar harapan kerajaan untuk membina masyarakat terutama golongan muda mnjadi lebih maju.
“kearah masyarakat yang maju yang boleh berdaya saing dan paling penting mempunyai nilai nilai murni yang hebat,
“kerajaan.negeri bersedia memberi kerjasama sekiranya ada keperluan untuk melahirkan belia belia yang berkemahiran, terutama jika NGO ini dapat membantu membentuk kumpulan sokongan dalam.komuniti ,” jelasnya.
Justeru itu, beliau berkata, peluang latihan kemahiran yang banyak di sediakan untuk golongan belia akan dibuka seluas-luasnya dan akan melibatkan pihak terutama persatuan ataupun badan badan.di peringkat kampung.
“ia dalam dalam mengenalpasti mereka mereka yang berbakat dan berminat kepada pendedahan kemahiran, yang di sediakan oleh kerajaan……. sedikit sebanyak membantu kearah,
“mendapatkan pekerjaan sesuai dengan minat dan kecenderungan masing-masing,” kata beliau.