“Tiada Justifikasi Putuskan Hubungan Diplomatik” – Qatar

1823
Penduduk Qatar dilaporkan berpusu-pusu membeli barangan keperluan selepas sempadan negara tersebut di tutup

(Gambar – Penduduk Qatar dilaporkan berpusu-pusu membeli barangan keperluan selepas sempadan negara tersebut di tutup)

Kerajaan Qatar menegaskan, tiada justifikasi yang sah kepada beberapa negara Arab yang bertindak memutuskan hubungan diplomatik dengan negara itu.

Kementerian Luar Qatar menjelaskan bahawa keputusan itu melanggar hak kedaulatan kedaulatan negara Qatar, dan memberi jaminan, langkah negara-negara Arab tersebut tidak akan menjejaskan 2.7 juta warganegaranya.

“Langkah-langkah yang tidak wajar dan berdasarkan tuntutan dan dakwaan yang tidak mempunyai asas sebenarnya,

“tujuannya adalah jelas, dan ia adalah untuk mengenakan (sekatan dan) penjagaan di negeri ini. Ini dengan sendirinya adalah melanggar kedaulatannya (Qatar) sebagai sebuah negara,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan.

Arab Saudi, Mesir, UAE dan Bahrain membuat pengumuman bahawa mereka akan menggantung hubungan mereka dengan negara Teluk itu.

Saudi membuat pengumuman melalui agensi medianya pada awal hari ini, Isnin 5 Jun dan berkata, ia telah mengambil tindakan itu sebagai apa yang didakwa ‘melindungi keselamatan negaranya’.

Agensi berita itu mengeluarkan kenyataan di mana, Saudi menuduh Qatar telah melindungi pelbagai kumpulan pengganas dan mazhab yang bertujuan untuk mewujudkan ketidakstabilan di rantau terbabit.

Kesemua negara terbabit dilaporkan telah mengambil tindakan menutup semua sempadan negara masing-masing darat, laut dan udara dengan Qatar.

Semua duta negara tersebut di Qatar, telah dipanggil pulang.

Arahan juga dikeluarkan kepada pegawai diplomatik dari negara Qatar untuk segera meninggalkan negara-negara itu dalam masa 48 jam.

Manakala masa selama dua minggu diberikan kepada rakyat Qatar yang berada di sana untuk keluar.

Arab Saudi telah menggesa negara-negara ‘persaudaraannya’ untuk menyertai langkah-langkah sama terhadap Qatar.

Pakistan adalah negara pertama memberikan maklumbalas sebaliknya, mengatakan bahawa ia tidak akan memutuskan hubungan dengan Doha.

Pengumuman Saudi dan rakan sekutunya telah memberi kesan kepada pasaran kewangan, dengan harga minyak melonjak naik dan harga saham Qatar jatuh.

Penganalisis melihat, ia adalah krisis politik yang paling serius di rantau ini sejak beberapa tahun lalu dan terdapat dua aspek, iaitu politik dan ekonomi memberikan tekanan kepada Qatar.

Kenyataan rasmi Qatar pada dasarnya membawa maksud bahawa negara itu melihat bahawa ia sebagai sebahagian daripada usaha bersepadu untuk melemahkan lagi Qatar.

“Ia akhirnya akan perlu diselesaikan di peringkat diplomatik.” Kata Hashem Ahelbarra, Koreponden Senior Al-Jazeera di Timur Tengah.