Oleh : Salwanaa Ghani
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu diberi peringatan agar terus membantu rakyat menghadapi kesukaran ekonomi tanpa sebarang alasan.
Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (LKK DMPNT) Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, kesusahan dan penderitaan rakyat sepatutnya mendapat perhatian oleh kerajaan tanpa mengira fahaman politik.
Beliau sangat dukacita, kerana masih terdapat ketidakadilan dan ‘pilih kasih’ pihak pemerintah dalam mengagihkan bantuan yang diperlukan oleh rakyat.
“kemudahan asas seperti tempat tinggal yang sempurna untuk mereka hidup lebih selesa telah diabaikan hak oleh pemerintah dengan pelbagai alasan tidak menasabah,


Beliau berkata demikian ditemui selepas Program Semarak Kasih Ramadhan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar pada Ahad 4 Jun.
Menurutnya, dalam program tersebut, 11 buah rumah telah kunjungi daripada pelbagai kategori termasuk golongan miskin, orang kurang upaya, sakit, warga emas dan ibu tunggal.
“kita santuni mereka dengan memberi sedikit sumbangan kewangang dan barangan dapur dengan harapan agar dapat menceriakan sedikit kehidupan mereka,” jelasnya.


Turut sama dalam ziarah tersebut ialah Bendahari Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr Che Faridah Ismail.
Katanya, program tersebut merupakan program pertama Muslimat Malaysia selepas muktamar pada bulan lalu.
“program tahunan iti sempena bulan Ramadhan iaitu Sentuhan Kasih Ramadhan (yang) sudah diadakan di beberapa negeri,
“kami turun bertemu masyarakat antaranya di negeri Perak dan Sabah dan Insyaa Allah kami akan turun ke semua negeri,” kata beliau.




























