Terengganu Negeri Terawal Tubuh Kerajaan

3043

KUALA TERENGGANU – Negeri Terengganu adalah negeri terawal yang telah menubuhkan kerajaan dengan istiadat melafaz sumpah kepimpinan kerajaan diadakan pada Khamis lalu.

Exco kerajaan negeri Dr Azman Ibrahim berkata, proses peralihan kuasa yang berlaku pada kali ini ini sangat berbeza berbanding tahun 1999.

“kita mendapat kerjasama yang sangat baik daripada pegawai-pegawai kerajaan….kalau imbas (kembali) apa yang diucapkan oleh pegawai kewangan negeri yang memangku tugas Setiausaha kerajaan negeri semalam,

“mereka akan akan tengok satu persatu manifesto PAS dan kemudian akan bekerja untuk melaksanakan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menerima kedatangan rombongan daripada PAS Kawasan Selayang di Seri Iman, semalam Selasa 15 Mei.

Katanya, ahli UMNO di negeri ini umpama ‘anak yatim piatu’ ekoran kekalahan Barisan Nasional (BN) di peringkat nasional.

Namun begitu, menurutnya ia mereka tidak perlu gusar kerana katanya, kesan peralihan kuasa yang berlaku adalah sangat minima.

“sebagaimana dijanjikan oleh Menteri Besar akan berlaku dengan cara yang paling minima dari segi kesan dia. Makna (karana) kita nak jaga keharmonian dengan sedaya mungkin,

“dan orang-orang UMNO yang hilang tempat bergantung dan mereka (boleh) tengok (sendiri) bagaimana pemimpin yang sebenarnya (lompat) ‘lompat sana lompat sini,” jelasnya.

Oleh itu, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, menzahirkan rasa ‘terharu’ dengan kunjungan rombongan tersebut.

Katanya, perjuangan menegakkan Islam bagaikan roda yang berputar, sesekali diatas dan waktu lainnya duduk dibawah.

“Dan kita yakin perjuangan Islam ini ada jatuh dan bangun bagaikan roda yang berputar dan apa yang berlaku di Selangor kita turut merasa,

“dan kita uucapkan terima kasih kepada sahabat seperjuangan kerana sudi datang jumpa dengan kami petang ini,” tambah beliau.