Tawanan Mavi Marmara di racun!

775

http://buletinonline.net/images/stories/berita29/Jamulidin%20Aliass.jpgKUALA NERUS – Beberapa orang peserta konvoi ‘Freedom Flotilla’ mendakwa telah diracun dengan ‘arsenik’ ketika mereka ditawan dan dibawa ke penjara, setelah kapal Mavi Marmara diserang komando Israel di perairan antarabangsa pada 31 Mei lalu.

Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Haji Jamulidin Alias berkata para peserta dari Malaysia yang turut menjadi tawanan Israel kini sedang menunggu keputusan ujian darah mereka yang telah dihantar ke Australia.

“Kita masih tidak tahu samada positif atau negatif, kita sedang menunggu keputusan ujikaji darah yang telah dihantar ke Australia,”katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah pengalaman beliau menjadi tawanan regim Israel laknatuLlah, disini, semalam 21 Julai.

Menurutnya, empat orang peserta dari Indonesia, sebagaimana dimaklumkan kepada beliau, telah mula mengalami pelbagai ‘komplikasi’ akibat kesan racun tersebut.

Katanya, beliau yang turut ditawan selama tiga hari di penjara Israel mengesyakki diberi makanan beracun ketika dalam penjara tersebut.

“Kami diingatkan supaya berpuasa sekirannya ditawan Israel, kami berpuasa, tetapi apabila waktu berbuka, kami dihidangkan dengan roti,
“saya rasa roti tersebut terlalu sejuk, saya mengesyakki sesuatu,”jelasnya ketika menceritakan pengalamannnya

Namun begitu, perkara tersebut tidak akan melemahkan usaha para aktivis untuk meneruskan usaha menghantar bantuan kemanusiaan bagi membantu rakyat Palestin khususnya penduduk Semenanjung Gaza.

Sehubungan itu, beliau berkata beberapa sukarelawan dari Malaysia akan pergi menyertai konvoi ‘Freedom Flotilla’ 2 yang dijangka belayar ke Gaza pada bulan Otober atau November akan datang.

“Sebanyak 60 buah kapal dari 60 buah negara telah pun menyatakan kesediaan mereka belayar ke Gaza, yang dijangka membawa beribu aktivis dari seluruh dunia,”ujarnya.

Menurutnya, selain cuba memecahkan sekatan Israel menggunakan jalan laut, para aktivis juga sekaligus bercadang, pada masa yang sama akan berusaha masuk melalui jalan darat.

Beliau menasihatkan kepada rakyat Malaysia yang berhasrat untuk menyertai konvoi tersebut supaya menyeleraskan perjalanan mereka dengan pihak Kementerian Luar Negeri di Wisma Putera.

Dengar Ucapan Haji Jamulidin melalui Buletinonline Radio