Takziah Kepada Cikgu Shukrimun Dan Keluarga

5761
Almarhumah ketika dikujungi oleh Muslimat PAS Terengganu sewaktu dirawat di hospital Temerloh, Pahang

KUALA NERUS – PAS Kawasan Kuala Nerus dan seluruh ahli merasai kehilangan seorang tokoh pemimpin muslimat yang berjiwa kental dan penyayang.

Ahli Parlimen Kuala Nerus YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, mengucapkan kepada Yang dipertua PAS Kawasan Cikgu Hj Shukrimun Shamsudin dan seluruh ahli keluarga atas pemergian isteri beliau, Puan Normaizan Hashim ke Rahmatullah.

Beliau berkata, semoga pemergian Allahyarhamah pada jam 11.30 pagi, hari Jumaat hari mulia, dilimpahkan rahmat dan pahala berpanjangan atas kesabaran atas ujian yang dialami.

“Semoga segala amal kebaktian Almarhumah dalam kerja-kerja dakwah menjadi amalan berkekalan untuk beliau,

“dan seluruh jentera PAS Kuala Nerus mengiringi pemergian beliau dengan doa,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataannya hari ini, setelah mendapat khabar yang mendukacitakan itu.

Sehubungan dengan itu, Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Nerus, YB Ustaz haji Hishamuddin Abdul Karim turut mengucapkan salam takziah kepada keluarga Cikgu Shukrimun, yang juga Bendahari PAS Terengganu.

ADUN Tepoh itu mendoakan agar seisi ahli keluarga tersebut, tabah dan sentiasa kuat untuk meneruskan teladan kegigihan almarhumah mewarnai perjuangan Islam di bumi ini.

“Saya mewakili PAS Kawasan menyeru seluruh warga Kuala Nerus dan teman serta sahabat untuk bersama-sama solat jenazah beliau pada malam ini di Masjid Taqwa, Batu Enam sejurus selesai solat fardhu Isyak,

“Sebagai iringan akhir untuk Almarhumah yang telah berjasa menggerakkan kerja dakwah di Kuala Nerus,

“Dan semoga Almarhumah dikurniakan keampunan dan kerahmatan daripada Allah SWT,” jelas beliau beliau.