Takziah Buat Keluarga Allahyarham Shafie

1048

DUNGUN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka Ustaz Satiful Bahri Mamat mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Shafie Sari, 53, yang ditemui maut dalam bot fiber kira-kira 8 batu nautika dari perairan Kemaman, pagi semalam.

Menurutnya, Shafie yang juga bekas pekerja sebuah syarikat petrokimia di Kerteh adalah kenalan beliau.

Allahyarham Shafie“(Allahyarham Shafie) adalah kenalan saya, saya ucap takziah dan berharap supaya pihak keluarga tabah dalam menghadapi ujian Allah SWT,”ujarnya sebaik mendapat khabar dukacita tersebut.

Bot Shafie dikesan berada di sekitar perairan Kijal kira-kira jam 5.30 pagi melalui GPS

Penemuan bot mangsa kira-kira jam 9.30 pagi itu mengungkap misteri kehilangannya yang dilaporkan tidak pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Merah, Paka, Dungun, sejak malam kelmarin selepas keluar menangkap ikan seorang diri.

ADUN Chukai Haji Hanafiah Mat turut turun ke pantai Geliga apabila beliau diberitahu tentang penemuan Allahyarham Shafie di kawasan perairan tersebut.[Gambar Atas]

Ustaz Satiful yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS negeri Terengganu mengucapkan terimas kasih kepada semua pihak termasuk pasukan Bomba dan Penyelamat, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) dan Hospital Kemaman.

Beliau turut memberi ingatan kepada para nelayan supaya berhati-hati ketika turun ke laut, terutamanya dalam keadaan cuaca yang tidak menentu di musim tengkujuh yang sudah bermula.

“saya ucap terima kasih kepada semua pihak yang menjalankan usaha mencari dan menyelamat sehingga terjumpannya jenazah Allahyarham Shafie,

“kepada para nelayan saya harap dapat berhati-hati untuk ke laut khususnya nak masuk musim tengkujun dah sekarang ni,”ujar beliau.