Taktik Lama ‘Kaki Konar’

393

Mula-mula dia sembunyikan fakta dan sembang sedap- sedap didengar, dengan kata-kata yang bombastik, indah-indah, lepas itu bila pecah tembelang, dia ‘konar’ pula, cakap dengan bahasa-bahasa akademik, ilmiah.

Perbualan telefon diantara dia, cikgu dengan anak muridnya menjadi rahsia umum, mula-mula dia nafi, anak murid pun tak mengaku.

Bila orang ‘pecah lubang’ tunjuk bukti, dia konar kut lain pulak.

Dia cakap penuh-penuh mulut masa kempen, siap nyanyi lagi, ‘ho hiya hoi’, tidak akan bersekongkol dengan rasuah dan semua yang berkaitan dengan ‘penyamun, penyelewengan.

Bila sampai masa ‘gila kuasa dia mari’ , dia konar, dia kata untuk negara, dia dan partinya sanggup berkorban, mengorbankan prinsip, lalu duduk bersama-sama dengan ‘chief’ penyamun, tubuh kerajaan campuran.

Situ pun, semua orang tahu, hanya beberapa parti campur-campur, bukan semua parti sekali ikut, dia konar lagi, katanya inilah kerajaan perpaduan.

Itulah taktik lama, strategi kaki konar!

Masa dulu semua orang tahu, berapa kali dia lipat, dia konar buat langkah, langkah itu, langkah sini, langkah Kajang, langkah Port Dickson dan macam-macam.

Masa muda-muda, berapa kali dia ‘potong tang konar’ konon berjuang untuk rakyat, sini mula ‘start’ guna konotasi Madani.

Buat ’round’ satu Malaya, demo kut Baling, membela nasib ‘marhaen’, pakai baju hijau, kunun.

Tiba-tiba ‘mari isim’ serah diri dan terus pakai baju biru!

Lama-lama duk kejar kuasa, tak boleh pergi, ‘last-last’ kena pecat, tang tu jugak dia konar, tukar baju hijau balik.

‘Reforbasi…. Reforbasi,…. Reforbasi’ jeritan berkumandang.

Bila dah ketua dah dapat kuasa, ingat ke dia dah ok, tapi balik asal, mula-mula dia sembunyikan fakta dan sembang sedap – sedap didengar, dengan kata-kata yang bombastik, indah-indah.

Lepas itu bila pecah tembelang, dia ‘konar’ pula, cakap dengan bahasa-bahasa akademik, ilmiah.

Lama dah buat janji, nak turun harga minyak, nak hapus tol, nak bela rakyat kunun, tapi semua tak jadi, tak berlaku.

Dia duduk dengan penyamun tapi dia kata, penjawat awam mesti hentikan rasuah.

Dulu kata, orang yang ada kes mahkamah, perlu bercuti, tapi dia lantik ‘kluster mahkamah’ jadi menteri.

Lepas tu duk haru pulak, masuk-masuk pejabat kata kerajaan dulu ‘ada unsur penyelewengan’, mula-mula kata 500 bilion, sekarang dah jadi 50 bilion.

Mula-mula dia sembunyikan fakta, dia kata kerajaan dulu nepotis, kleptokrat, akhir sekali pecah tembelang lantik anakanda sendiri!

Sembang sedap-sedap didengar, dengan kata-kata yang bombastik, dia konar pi, anakanda ‘tak terima gaji’

Hah…. bila rakyat marhaen tahu, lubang tak boleh tutup, dia konar lagi, selain itu, lima penasihat lagi dilantik, pulak!

Dulu kata tak mahu kereta mewah, tapi rakyat tahu dia kempen guna helikopter.

Sekarang ‘pecah bol’ pulak, anakanda tak dibayar elaun, tapi ’round’ ronda guna jet peribadi…..

Hah….hah….sudah lah dah…… nak konar kut mana pulak!