Tahun Mendatang Lebih Mencabar

9120

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri mengingatkan para aktivis media baharu, cabaran yang bakal dihadapi pada lima tahun akan datang berbeza dengan masakini.

Oleh itu, beliau menggesa agar persiapan dan persediaan para petugas dibuat segera dalam mengisi kemenangan PAS di negeri ini.

“Kita kena gambarkan, kena jangkakan, lima tahun akan datang, cabaran yang mungkin tak sama dengan cabaran PRU baru-baru ini.

“mengambil kira perubahan teknologi, aplikasi-aplikasi yang ada, cara berkomunikasi yang ada, dan inilah yang memerlukan tuan-tuan sebagai mereka yang terlibat dalam IT, penyebaran maklumat, membetulkan fakta-fakta yang salah dikalangan rakyat.

“dan jika kita fikir dari sekarang, membolehkan kita lebih bersedia untuk berdepan dengan suasana akan datang,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan ringkas program majlis berbuka puasa dan meraikan jentera Penerangan PAS Terengganu di Sri Iman semalam, Ahad 3 Jun.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mod Nor Hamzah berkata, penyusunan organisasi adalah penting termasuk dalam bidang media.

Katanya, pandangan semua pihak diambil kira, namun pimimpin yang memutuskan tindakan sesuai yang akan akan diambil.

“Inilah sikap yang mesti diikuti oleh semua sebagaimana yang dinyatakan oleh rasulullah tentera mesti taat samada suka atau tidak dengan arahan itu.

“”ada sesetengah sikap tentera yang suka melanggar disiplin arahan dari ketua, ini jelas satu sikap yang tidak boleh dipakai dalam organisasi,” tegas beliau.

Tambah beliau, PAS akan melakukan sesuatu yang lebih aktif dengan menyusun kembali pasukan media Terengganu bagi menyahut saranan YAB Menteri Besar, agar ia lebih berkesan dalam menawan hati rakyat.

Beliau menggesa agar diberi keutamaan kepada imej kerajaan Terengganu mesti ditonjolkan dengan lebih kemas dan teratur bagi memaklumkan kepada rakyat, perlaksanaan dasar-dasar kerajaan yang telah dibuat.