Stesyen Teksi Mesti Berhampiran Dengan Stesyen Bas

853
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/dailog%20pemandu%20teksi3.jpg

Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, kerajaan perlu meletakkan lokasi stesyen teksi berdekatan dengan stesyen bas, supaya pengguna boleh membuat pilihan, jenis pengangkutan yang mereka perlukan.

“bagi kita (PAS), kita masih merasakan bahawa keperluan stesyen teksi ini jangan duduk jauh daripada stesyen bas, kalau stesyen teksi jauh, berasingan dengan (dari) stesyen bas ia akan menyebabkan kesulitan kepada pengguna,

“(kepada) para pengguna, kalau dihantar ke stesyen (pengangkutan) jadi dia boleh buat pilihan (samada) nak naik bas atau nak naik teksi,”ujarnya ketika memberi respons kepada para pemandu teksi dan kereta sewa daerah Kuala Terengganu.

[Gambar kanan; Ahmad Saidi (kiri), Haji Yahaya dan Dr. Alias (paling kanan)]

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dan dailog bersama Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu Teksi dan Kereta Sewa, yang diadakan di pejabat persatuan itu di sini pada Ahad 9 Disember. [Lihat Video]

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/dailog%20pemandu%20teksi.jpgSebelum itu, Penolong Setiausaha Persatuan tersebut, Ahmad Saidi Mohd Nawi berkata, cadangan kerajaan negeri Terengganu khususnya Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) berkata, persatuannya terpaksa menerima cadangan untuk memindahkan stesyen teksi kerana tiada diberi pilihan.

Menurutnya, beberapa bulan lalu, pihaknya telah dimaklumkan stesyen sedia ada di jalan Masjid Abidin akan dipindahkan ke kawasan bekas tapak stesyen bas ekspres di Jalan Sultan Zainal Abidin, berhampiran pasaraya Astaka.

‘Masalah stesyen teksi yang jauh dengan stesyen bas, stesyen (sekarang) ini akan di pindahkan ke (kawasan berhampiran) Astaka, setelah bangunan baru (untuk stesyen teksi) disiapkan, pihak PERMINT setuju kita duduk disini sementara bangunan tu siap,

“(persatuan) setuju (berpindah)…. terpaksa setuju (kerana tiada pilihan) kita terimalah kerana tiada tempat,”katanya.

Namun begitu, Saidi berkata, belum ada sebarang ‘hitam putih’ yang diterima oleh pihaknya, kerana menurutnya perbincangan dengan pihak PERMINT (Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu) hanya dibuat secara lisan sahaja.

Turut sama dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu, Dr Alias Raak, Setiausaha Haji Yahaya Ali dan Penolong Setiausaha Zakaria Dagang serta ahli-ahli persatuan.