Slogan Razif Hanya ’Masih’ Indah Khabar Dari Rupa

1612

KUALA TERENGGANU – Banyak rungutan dan keluhan daripada warga Bandaraya Kuala Terengganu terutama berhubung khidmat yang diberikan oleh Majlis Bandaraya tersebut kepada orang ramai.

Masalah sampah, tahap kebersihan longkang dan saliran juga masih berada di’takuk’ lama tanpa sebarang perubahan walaupun Menteri Besar (MB) telah melancarkan program ‘Transformasi Terengganu Baharu’ (TTB) hampir setahun yang lalu.

Hasrat Dato’ Seri Ahmad Razif untuk membersihkan luar dan dalam tidak berjaya dengan persekitaran dan kebersihan luaran yang masih tidak terjaga.

“Ianya lambang budaya dan bangsa. Tambahan pula persekitaran yang kotor sangat tidak baik kepada bidang pelancongan yang merupakan salah satu bidang ekonomi utama Negeri Terengganu,”ucap Razif yang dipetik ketika membentangkan gagasannya dalam Seminar TTB.

azrin1 (2)Selain itu, Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu Azrin Aris mempersoalkan tentang kecekapan Syarikat Air Terengganu (SATU) dalam membekal perkhidmatannya kepada rakyat.

“Kerap berlaku masalah tekanan air yang sangat rendah dan tiada air langsung. Waktu masalah ini timbul kerap kali pada waktu kritikal iaitu waktu petang sehingga selepas Isyak.

“Waktu sebeginilah para ibu bapa ingin menguruskan anak-anak mereka dan waktu ini juga ialah persiapan untuk ibadah solat,”ujar beliau.

Tanpa menafikan SATU mungkin sedang dalam baik pulih sistem bekalan air, tetapi beliau berkata, SATU tidak sensitif langsung tentang soal waktu seolah-olah ia mencipta gangguan bekalan air atau ia adalah disengajakan.

Beliau berkata, pemuda PAS berkongsi rasa dukacita bersama penduduk yang terjejas yang tidak memiliki info berkaitan gangguan bekalan air itu.

“dan mereka tidak pasti samada notis telah dikeluarkan atau mungkin boleh dipersoalkan kaedah penyampaian notis tersebut jika ia telah dikeluarkan,

“sepatutnya slogan TTB yang rata riti dilaungkan perlulah dizahirkan dengan tindakan yang sebenar bukan hanya semata-mata indah pada wajah sahaja.

“Kami mendesak pihak SATU khususnya menyelesaikan masalah ini dengan segera dan dengan bertanggungjawab bagi memastikan kelestarian hidup warga Bandaraya Kuala Terengganu,”tegas beliau.