Skandal Bank Rakyat: Bukti Menteri Beri Arahan Selamatkan Deepak

2904

Dua minggu lalu, menurut Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, beliau telah mendapat beberapa dokumen penting yang menjadi bukti campur tangan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam hal ehwal pentadbiran Bank Rakyat semata-mata untuk menyelamatkan seorang niagawan yang dilaporkan rapat dengan Perdana Menteri dan isterinya, iaitu Deepak Jaikishen.

Kesemua 13 dokumen yang diserahkan kepadanya melibatkan surat menyurat rasmi di antara Bank Rakyat dan Menteri terbabit, kertas-kertas Lembaga Pengarah, memo dalaman dan lain-lain.

Setelah meneliti dokumen-dokumen ini, beliau berpendapat bahawa ia bukan sahaja menjadi bukti campur tangan Menteri di dalam pengurusan Bank Rakyat, malah memberi gambaran betapa besarnya jumlah hutang Deepak Jaikishin dengan Bank Rakyat dan bagaimana dia telah mendapat layanan istimewa dari Bank Rakyat selama ini.

SC20140716-133643Beliau akan mendedahkan dokumen ini satu persatu untuk menjadi bukti terhadap Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Datuk Mustafha Razak, Pengarah Urusan Bank Rakyat kerana saya percaya ada asas yang kukuh telah berlakunya penyelewengan dan pecah amanah.

Sebelum itu, Pakatan Rakyat mempersoalkan tentang keistimewaan yang dimiliki ahli perniagaan, Deepak Jaikishan sehinggakan beliau mendapat kemudahan dalam menyelesaikan RM32 juta hutangnya di Bank Rakyat.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2014 menegaskan skandal tersebut akan menyebabkan berlakunya krisis pada kepada intitusi kewangan dalam negara ini.

“Kita minta kerajaan jelaskan tentang apa yang didedahkan oleh bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik sebelum ini.

“Ia satu perkara yang amat serius kerana skandal kemudahan ini boleh menjejaskan pelaburan kepada simpanan individu-individu bumiputra di dalam bank itu,” jelasnya.

Tambah beliau lagi, pendedahan Sabbaruddin mengenai campurtangan menteri dalam keputusan lembaga pengarah boleh dikategorikan sebagai penyalahgunaan kuasa dan menyebabkan keputusan yang dilakukan tidak mengikuti piawai institusi kewangan itu sendiri.

“Bagaimana menteri boleh campurtangan dan ugut lembaga pengarah dengan berkata “jika kamu tak nak lulus keputusan yang dibuat kepada peminjam ini Deepak, kamu akan dipecat” kenapa perlu ugut, apa yang Deepak ada, sampai dapat layanan sebegini.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kata tak de kes rasuah, kita lihat sebelum ini Permatang Pauh didakwa dalam kes pertama kerana apa? Bukan kerana beri atau ambik duit tetapi kononya hanya beri arahan kepada polis, salahguna kuasa.

“Apakah menteri ini tidak salah guna kuasa, apabila beri amaran ugutan kepada pengerusi dan lembaga pengarah akan pecat kalau tak setuju dengan persetujuan yang dicapai,” jelasnya.

Jelasnya lagi, apa yang didedahkan Sabbaruddin adalah persetujuan yang diperolehi di pejabat menteri, antara Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Sri Hasan Malek dengan Deepak adalah untuk penyelesaian baki hutang pinjaman sebanyak RM32 juta dibayar secara tidak memperolehi keuntungan kepada bank.