Para pesawah Jelapang pernah mengadakan demonstrasi pada November, 2011 kerana tidak puas hati terhadap kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN)
Oleh : DMS
SETIU – Nasib petani yang mengusahakan sawah padi di Kampung Jelapang, Langkap, kini kembali bersinar setelah pelbagai episod duka yang mereka lalui.
Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof berkata, keputusan kerajaan negeri memberikan pemilikan tanah kawasan terbabit kepada petani yang layak, adalah tindakan yang tepat.
“Peneroka awal ini memang selayaknya menerima geran tanah, mereka bukan sahaja mengusahakan tanaman padi tetapi mereka adalah yang membuka penempatan ini sejak awal lagi sekitar tahun 1959.” ujar Azmi.
Beliau berharap, isu pemilikan tanah akan diselesaikan dahulu kerana mereka telah menunggu terlalu lama.
Azmi turut menegaskan PAS Langkap akan memberikan kerjasama sebaiknya kepada kerajaan dan agensi yang terlibat dalam menjadikan Setiu sebagai satu daerah pertanian yang berjaya.
“Kita PAS akan membantu kerajaan negeri sekarang dan bersedia bekerjasama dengan semua agensi kerajaan yang terlibat untuk membantu mereka yang mengusahakan sawah di kawasan Jelapang ini.
“Masaalah kos yang besar kita harap juga akan ada bantuan dari kerajaan pusat untuk merealisasikan tempat ini sebagai Jelapang Padi Nasional seperti yang telah diistiharkan semasa Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) menjadi Perdana Menteri pada 2009.” tegasnya.
Dr Azman Ibrahim dalam Majlis Dialog Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa bersama para petani pada Selasa 12 Mac berkata, masaalah yang dihadapi pesawah terbabit akan diselesaikan secara berperingkat.
“Kita letak satu sasaran dalam tempoh usia kerajaan penggal ini kita boleh selesaikan, insha-Allah. saya tengok ada beberapa permasaalahan yang diajukan oleh petani tadi, Ahmdulillah kita telah memberi penjelasan yang memuaskan hati semua pihak.
“Insha-Allah matlmat kita supaya kawasan ini benar-benar menjadi tempat pengeluaran padi negara yang akhirnya akan menjadi sumber jaminan makanan (Food Security) bagi kita realisasikan dan menjadi satu kwasan periuk nasi bagi kerjaan negeri Terengganu.” ujar beliau yang juga ADUN Jabi.
Lanjutan daripada itu, katanya, kerajaan PAS yang memerintah negeri 1999-2004 telah mengeluarkan Lesen Menduduki Sementara (TOL) kepada 100 peserta dengan keluasan berjumlah 80 hektar (200 ekar) bagi menjamin keselesaan para petani.
Malangnya, kata Azmi, hak mereka untuk menyambung lesen tersebut dinafikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berjaya memerintah negeri pada 2004.
“Masa terbaik bagi kerajaan negeri membantu peneroka tanah,pesawah disini dan menunaikan satu lagi janji manifesto untuk memberikan pemilikan geran yang gagal diberikan oleh Kerajaan BN yang memerintah sejak sekian lama,” jelas Azmi.