Sidang DUN Tolak Soalan Kontraktor Buat Kerja Secara Haram

866

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/08/Ahmadlawat16-3-2010.jpgKUALA NERUS – Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak mendakwa, cara gaya kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu melaksanakan pembangunan negeri ini seolah-seolah ‘macam orang’ mengigau.

Beliau berkata demikian ketika memberikan respon ke atas perjalanan Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu yang telah diadakan pada 8 dan 9 Ogos yang lalu.

Menurutnya, satu soalan lisan penting yang dikemukannya telah ditolak oleh kerajaan negeri tanpa sebarang alasan yang kukuh.

“Soalan saya (ada) 6, satu ditolak (iaitu) hari pertama (Sidang DUN) soalan no. 1, soalan berkenaan jalan Jeram ke Banggol Tuan Muda,

“(ditolak) bawah fasa 26…, biasalah, tidak ada sebab yang diberikan khusus,”katanya ketika ditemubual oleh Buletinonline Khamis, 12 Ogos

Menurutnya masalah asas ‘jajaran jalan’ yang sedang dalam pembinaan dari Jeram ke Banggol Tuan Muda belum diluluskan oleh pihak pejabat tanah.

Katanya, penduduk kampung telah mencadangkan jajaran alternatif yang dapat mengelakkan dari rumah-rumah orang kampung terlibat dengan pembinaan tersebut.

Namun begitu, kontraktor berkenaan telah masuk dan melaksanakan kerja-kerja berkaitan, atas kepentingan pihak Jawatankuasa kesleamatan dan kemajuan Kampung (JKKK) dan YB setempat.

“jajaran yang dimasukki oleh kontraktor itu belum diluluskan oleh pejabat tanah,  orang kampung memberikan alternnatif jajaran lain, yang tidak kena rumah orang kampung sebuah pun, jajaran yang dimasukki oleh kontraktor sekarang ni kena 21 buah rumah (orang kampung).

“Saya difahamkan kerana ada kepentingan pihak JKKK dan pihak Dato’ Rahim sendiri yang berkeras juga (dengan jajaran tersebut),”jelasnya.

Menurutnya, pihak pejabat tanah, kerajaan dan pihak berkuasa tidak pernah berunding dengan penduduk kampung berkaitan berkenaan jajaran tersebut tapi kontraktor telah masuk melaksanakan kerja.

Beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus berkata sehingga kini tidak ada sebarang pampasan yang dibayar kepada penduduk kampung terbabit.

Oleh itu katanya, kontraktor telah masuk dan melaksanakan kerja secara haram.

“Kerajaan dan pihak berkuasa tidak pernah pun berunding dengan penduduk tempatan, tapi kontraktor telah buat kerja dia,

“tidak ada apa-apa bayaran pampasan pun diterima oleh pihak penduduk yang terlibat dengan pembinaan jalan itu,

“seolah-seolah macam masuk secara haram, tanah yang sah ada geran bukan tanah TOL, masuk tanpa ada sessuatu kebenaran,”tegasnya.

Justeru katanya, rakyat bukan menolak pembangunan dan tidak setuju pembinaan jalan, tetapi cuba elak dari terkena tanah orang kampung dan rumah-rumah orang Melayu.

Jalan sepanjang tujuh kilometer yang menghubungkan Banggol Tuan Muda melalui Kampung Jeram dan Bukit Guntung itu melibatkan peruntukan kira-kira RM 225,992,000.00

Pembinaan jalan ini menjadi isu sensasi kerana tender pembinaan jalan yang dibiayai dana khas kerajaan persekutuan itu dianugerahkan kepada M.Z.Hakujaya syarikat milik Ketua Pemuda Umno Terengganu pada 12 November, 2009.

Yang amat menghairankan, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said pernah melakukan lawatan ke projek tersebut pada 16 Mac, (Gambar) lalu bersama rombongannya termasuk Pegawai Daerah dan Datuk Bandar Kuala Terengganu. 

Berita berkaitan;

Pembangunan Gelojoh Kerajaan
MZ Hakujata Milik Ketua Pemuda Umno
Kekayaan Orang Umno Terengganu

http://www.youtube.com/watch?v=u4Pf8ii5Ryg