Setiap Undi Menyumbang ‘Saham’ Di akhirat

3105

Oleh : Siti Ainum binti Amijudin

BESUT – Setiap undi yang diberikan akan menyumbang kepada saham di akhirat dan menerima akibat daripada memilih pemimpin yang salah.

Bendehari Muslimat PAS Malaysia Dr. Che Faridah Ismail berkata antara kesan diatas dunia ialah pemimpin yang tidak betul yang dipilih, telah membawa kepada banyak kerosakan umat manusia, rakyat Malaysia khususnya.

“Kita pangkah (PAS) ni dengan persaksian Allah Ta’ala. Kalau kita pangkah, apa natijahnya. Jangan kata guna agama pula,

”kalau tak guna agama nak guna apa lagi kita orang Islam. Pakat pangkah PAS sebab kita nak tolong orang buat kerja agama,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap menutup Program Hari Keluarga anjuran bersaa Ameerah dan Halwa Besut, yang diadakan di Pantai Air Tawar, pada Sabtu 31 Mac.

Sehubungan itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Besut, Puan Hajah Napisah Ismail berkata, program tersebut diadakan bagi mendekati dan mengeratkan ukhuwwah sesama wanita setempat.

Hajah Napisah Ismai

Beliau juga mengingatkan semua Muslimat yang hadir bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan tiba bila-bila masa sahaja dari sekarang.

”Oleh sebab itu, setiap Muslimat khususnya pengundi muda mestilah memainkan peranan masing-masing bagi mempromosikan PAS kepada orang terdekat mereka,” kata beliau.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan jawatankuasa kerja yang telah menjayakan Hari Keluarga itu.

Program yang dihadiri lebih kurang 200 orang muslimat ini telah memarakkan obor semangat untuk menghadapi kehangatan PRU-14 akan datang.

Selain itu, peserta yang hadir mendapat penerangan tentang manifesto yang dibawa oleh PAS dengan tema, Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera, yang bakal dilaksanakan sekiranya PAS diberi madat memerinta selepas PRU14.