Selenggara Perparitan Lebih Awal, Elak Banjir

1539

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) melalui Jabatan Parit dan Saliran (JPS) sepatutnya mengambil tindakan menyelenggara saliran dan perparitan, bermula bulan Oktober setiap tahun, bagi mengelakkan banjir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang YB Cikgu Haji Alias Harun berkata, kerja-kerja membersihkan longkang dan parit yang besar ini perlu dibuat secara berjadual, bukannya bermusim.

“Apabila musim banjir pihak Jabatan JPS baru mula membersih kawasan dan longkang yang terutama sekali ditumbuhi oleh pokok-pokok kiambang,

“dan apabila air bertakung lama yang menyebabkan arus yang membawa pokok kiambang itu ke saliran akan tersumbat di jambatan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai banjir yang melanda beberapa kawasan dalam DUN terbabit

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, pada Ahad, 10 Disember.

Menurutnya, banjir yang berlaku sebenarnya adalah air bertangkung dan longkang tidak dapat menampung aliran air.

Katanya, hujan yang turun sekitar dua hingga tiga jam sahaja, air mudah bertakung kerana saliran yang tidak diselenggarakan dengan betul.

Ia menyebabkan, kata beliau, rumah penduduk yang dinaiki air dan terpaksa berpindah ke pusat-pusat perpindahan.

“Di seberang 34 keluarga berpindah ke Seberang pintasan di Dewan Sivik yang berjumlah 115 orang.

“dan di Bembam tiga keluarga lebih kurang dalam sembilan orang dan di Tok Kah empat keluarga berjumlah 18 orang serta di Batu Tiong tiga keluarga seramai lapan orang. Jumlahnya adalah 155 orang,”ujar beliau.

Namun begiti beliau bersyukur kerana tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku dan mangsa banjir hanya menginap dua malam di pusat perpindahan.