Oleh : Hidayah Azlin
SETIU – Tujuh buah bas selamat bertolak dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi ke Kuala Lumpur untuk turut serta Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD, dengan iringan doa agar selamat pergi dan kembali.
Pengerusi Majlij Tindakan DUN Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata himpunan diadakan bagi menyatakan mesej kita sebagai bumiputera yang sebenar.
“Moga kita dapat menyampaikan hasrat sebagai orang melayu di muka bumi tanah melayu ini yang tidak mahu hak kita digugat.” ujarnya


Menurut beliau, ketegasan yang ditunjukkan terhadap unsur-unsur pencabulan hak ini perlu diberi perhatian yang serius.
“Garis merah yang menjadi sempadan telah lama kita bertolak ansur dan toleransi dilanggar dengan mudah bagi mereka yang cuba mencabulnya.” tegas beliau yang juga Ahli Jawatakuasa Kerja PAS Pusat.


“Kita bermusafir dengan satu tujuan yang baik. Mudah-mudahan himpunan ini berjaya mencapai matlamat. Semoga Allah melindungi perjalanan kita pergi dan balik..” tambahnya





























