Oleh : Adli Mohamad
DUNGUN- Sekolah Rendah Islam pertama dalam kawasan DUN Bukit Besi bakal dibuka dan akan mengambil pelajarnya paling awal pada Januari depan.
Pengarah Majlis Tindakan DUN Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman berkata perkara itu telah lama diimpikan dan ianya akan menjadi kenyataan.
“Kita Pun telah berjumpa dengan Ustaz Satiful Bahri yang memegang portfolio pendidikan, sama-sama berbincang dan beliau mempersetujui,
“dan peluang yang datang ini kita sambut baik atas kerana memberi impak yang positif,
“Majlis Agama berhubung KETENGAH bagi memilih dan menentukan tempatnya, dan kita telah senaraikan semua bangunan yang terbiar. Keputusan akhir berpihak di AMBS di satu bangunan yang telah lama terbiar melebihi 10 tahun,” ujarnya.


Menurutnya bulan November akan terus disebarkan bagi pengambilan dan pendaftaran pelajar bagi dimulakan pada Januari hadapan.
“Masyarakat setempat mesti berperanan bagi menyebarkan perkara ini,
“amat diharapkan agar ianya akan menjadi usaha dan langkah pertama didalam menyuburkan Ilmu di DUN Bukit Besi,” ujarnya.
Menurutnya lagi, diantara kriteria yang menjadikan AMBS sebagai pilihan kerana disitu adalah kawasan tumpuan utama, dan ramai penduduknya adalah terdiri dari pekerja-pekerja kerajaan di AMBS yang bertugas disini.




























