Oleh : Khalid Abdullah
KEMAMAN – Kerajaan disaran mempercepatkan proses pembinaan hospital baharu di Kemaman untuk mengatasi kesesakan pesakit di hospital sedia ada.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Haji Hanafiah Mat berkata, adalah malang untuk rakyat daerah itu, diabaikan daripada menikmati kemudahan kesihatan yang lebih selesa.
Katanya, sejak sekian hospital lama di bandar Cukai, tidak mampu lagi menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah saban waktu.
“Kalau kita pergi hospital, orang masuk tak dan (belum sempat) sembuh (molek), doktor suruh keluar, demam dok kebah molek lagi,
“doktor suruh keluar, pasal apa? orang menunggu nak masuk, ramai lagi,” jelasnya.
Beliau yang ditemui di kediamanya di sini semalam, juga menjelaskan Kementerian Kesihatan pernah meluluskan peruntukan tambahan untuk pembinaan bangunan baharu dengan 100 katil di hospital sedia ada.
“Sepatutnya Kemaman yang menjana kuasa ekonomi sekian lama, pesat dengan pekerja pelbagai bidang industri serta penduduk yang ramai diberi tumpuan oleh pihak kerajaan soal keperluan sebuah hospital,


Menurutnya, bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said, sebaliknya tidak berminat untuk menaiktaraf hospital lama.
Bahkan, kata Hanafiah, Ahmad Said mencadangkan tapak baru dekat kampung beliau, menyebabkan peruntukan tersebut tidak jadi sisalurkan.
“saya pernah tegur beliau, ambilah dahulu (peruntujan itu) walaupun berhajat mencari lokasi baru,” tambah Hamafiah.
Juteru, menjelang pilihan raya kali ini, Hanafia yang juga Penolong Setiausaha PAS Terenggan berkata, ada ura-ura majlis pecah tanah hospital baru akan diadakan.
“saya juga mendapat maklumat, pada 3 Februari depan, akan ada majlis pecah tanah hospital baharu Kemaman di Kijal, projek yang asalnya berjumlah RM500 juta dikurangkan kepada RM423 juta sahaja,
“Apa pun kita bersyukur jika kerajaan benar-benar ikhlas mahu membina hospital untuk kemudahan rakyat dan tidak sekadar retorik setiap kali menjelang pilihan raya” ujar beliau lagi.



























