Sebagaimana Hebat Namanya……..Khidmat MBKT Mesti Seiring Status Bandaraya

1837
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/IMG-20130106-01997.jpg

Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar Pas Terengganu terpanggil untuk membuat beberapa gesaan berikut:

Kami memohon pihak berwajib memanfaatkan seoptimun mungkin tenaga kakitangan serta sumber logistik yang dimiliki dalam rangka untuk memastikan suasana persekitaran yang bersih dan nyaman terutamanya disaat negeri kita masih berada dalam edah musim tengkujuh dengan penyakit bawaan air sangat mudah untuk tersebar. Kalau jadual waktu pungutan yang sedia ada tidak memadai, maka ianya perlu ditambah seiring dengan keperluan rakyat.

[Gambar Kanan – sehingga pagi ini sudah lebih tiga hari sampah berhampiran kuaters pendidikan Tok Jiring tidak di kutip oleh MBKT]

Amalan beberapa Bandar di dunia dengan konsep bandar tanpa tong sampah sangat menarik untuk dipraktikkan. Konsepnya mudah… Pihak PBT boleh menjadualkan tempoh waktu tertentu untuk plastik-plastik sampah diletakkan dihadapan kediaman atau premis masing-masing untuk dipungut dalam tempoh singkat oleh pekerja-pekerja bandaran. Antara yang biasa dipraktikkan adalah jadual buang sampah 2 kali sehari. Jam 7 – 8 pagi dan 7 – 8 malam. Sampah-sampah yang diletakkan di hadapan rumah atau premis tidak akan terbiar busuk dan berlonggok serta bersepah kerana ianya akan dipungut dengan segera oleh lori sampah bandaran yang akan beroperasi dua kali sehari, bermula pada jam 8 pagi disusuli dengan sesi kedua pada jam 8 malam.

Amalan meletakkan tong-tong sampah mungkin cuma sesuai dibeberapa lokasi strategik sahaja kerana malangnya ramai masyarakat kita mempunyai tabiat tidak sihat, suka membuang sampah di tepi tong sampah walaupun sebenarnya tong sampah belum dipenuhi. Hasilnya, apabila lambat dipungut, pemandangannya sangat menjijikkan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/IMG-20130106-01998.jpgKita meyakini, kaedah ini sangat mudah untuk diamalkan apatah lagi dengan jumlah peruntukan besar dari wang rakyat sebagaimana kenyataan Ahmad Said sebelum ini bahawa kerajaan negeri mengeluarkan peruntukkan melebihi RM300 juta setahun untuk membantu PBT di negeri ini bagi membolehkan perancangan bandar dan daerah dilaksanakan. Daripada lebih RM300 juta tersebut, RM50 juta lebih diperuntukkan untuk MBKT, Bandaraya Warisan Pesisir Air.

Ditambah lagi sebelum ini, Menteri Besar Ahmad Said juga memaklumkan bahawa kerajaan mempunyai perancangan untuk menaikkan kadar cukai pintu di kawasan pentadbiran MBKT dalam rangka untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan. Peningkatan beban rakyat sepatutnya dibalas dengan peningkatan mutu khidmat yang lebih baik.

[Gambar kiri – Sampah yang terbiar tidak dikutip berhari-hari menjadi tumpuan lembu-lembu yang berkeliaran]

Menteri Besar juga pernah memaklumkan bahawa setakat ini hanya tiga buah PBT iaitu Majlis Perbandaran Dungun, Majlis Daerah Besut dan Majlis Daerah Hulu Terengganu dilihat berpotensi untuk berdikari seperti yang berjaya dilakukan oleh Majlis Perbandaran Kemaman. Bermakna MBKT bukan setakat tidak mampu berdikari malah belum dilihat berpotensi untuk berdikari.

Kita tidak berminat lagi untuk menimbulkan isu lama, mempertikaikan status Kuala Terengganu sebagai bandaraya yang mungkin ditafsirkan seumpama rumah siap pahat berbunyi. Ianya tidak akan memberi sebarang faedah kepada rakyat. Tambahan pula tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia sesebuah bandar ditarik balik status bandarayanya kerana sebab-sebab tertentu, walaupun jumlah pendapatan tahunan sesebuah PBT adalah antara kriteria yang diambil kira sebelum sesebuah bandar layak diistiharkan sebagai bandaraya.

Saya tidak mempunyai data lengkap tentang jumlah pendapatan tahunan MBKT. Tetapi mudah difahami apabila kerajaan negeri terbeban dengan peruntukkan tahunan sebanyak melebihi RM50 juta kepada MBKT, bermakna jumlah pendapatan PBT ini masih jauh dari mencukupi dengan makna lain belum mampu berdiri sendiri.

Tumpuan fokus dalam konteks permasalahan ini adalah bagaimana perancangan kerajaan untuk kesejahteraan dan kemakmuran penduduk bandaraya.