“Saya Dr Mohamed Morsi, Presiden Republik, Mahkamah ini menyalahi undang-undang,” kata Morsi

843

Presiden Mesir yang digulingkan Mohamed Morsi muncul di mahkamah Isnin pada hari pertama perbicaraan , dengan tegas menolak pendakwaan keatasnya dan menuntut pemimpin ‘rampasan kuasa’ didakwa.

Dalam penampilan pertama awam sejak empat bulan selepas tentera menggulingkan beliau, Morsi meluahkan kemarahan kerana dia dipaksa hadiri ke ‘mahkamah’ di akademi polis di timur Kaherah.

Morsi bersama 14 defendan yang juga dituduh oleh rejim Kudeta Mesir menghasut keganasan dan pembunuhan penunjuk perasaan di luar istana presiden pada bulan Disember , dakwaan yang boleh membawa kepada hukuman mati atau penjara seumur hidup.

“Saya Dr Mohamed Morsi , presiden republik (Mesir) ………. Mahkamah ini menyalahi undang-undang ,” kata Morsi pada pendengaran pembukaan perbicaraan.

Beliau menyelar pihak tentera yang menggulingkan beliau pada 3 Julai lalu.

“Ini adalah satu rampasan kuasa tentera. Para pemimpin rampasan kuasa itu hendaklah dibicarakan. Rampasan kuasa adalah pengkhianatan dan jenayah, ” katanya.

Di tengah-tengah keselamatan yang ketat, Morsi telah diterbangkan ke akademi polis dengan helikopter sebelum tiba di mahkamah memakai sut biru gelap dan bukannya adat pakaian tahanan putih.

Ketika dia berjalan bersama dua daripada defendan, yang juga pemimpin kanan Ikhwan Muslimin Essam al- Erian dan Mohammed al- Beltagui melaungkan kata-kata ‘hancur dengan pemerintahan tentera’ dan Morsi bertepuk tangan.

Hakim Ahmed Sabry Youssef mengharamkan kamera dan peralatan rakaman Di mahkamah.

Ribuan penyokong Morsi, walaupun diganasi oleh tindakan keras polis, kematian dan cedera parah, namun terus bertegas menyatkan denga yakin, tuduhan keatas Morsi adalah satu rekaan pihak tentera dan pemerintah Kudeta.

Mereka berhimpun pada hari Isnin 4 November di beberapa lokasi di ibu negara menunjukkan bantahan terhadap tentera.

Mereka mengangkat poster Morsi dan sepanduk_sepanduk yang mengandungi mesej anti- tentera.

Beribu-ribu juga membantah di hadapan mahkamah perlembagaan di selatan ibu kota.

“Perbicaraan Morsi adalah sandiwara, penjenayah ‘membicarakan’ presiden yang sah ,” kata salah seorang daripada mereka , Ibrahim Abdel Samd .

Ketegangan juga tinggi di hadapan mahkamah tinggi di pusat bandar Kaherah di mana penyokong-penyokong pro dan anti- Morsi telah berkumpul .

Pasukan keselamatan menutup sepenuhnya dataran Nahda, tapak perkhemahan penyokong keadilan dan Morsi yang menyaksikan tindakan keras berdarah pada bulan Ogos.

Beberapa Universiti di sekitar Kaherah juga ditutup, manakala kenderaan tentera bejaga-jaga dibalai-balai polis.

Pihak berkuasa mengerahkan 20,000 anggota polis untuk mengawal perbicaraan itu, dan memberi amaran kepada rakyat, mereka bersedia untuk berhadapan dengan mana-mana keganasan.

Perbicaraan Morsi dan 14 yang lain telah ditangguhkan hingga 8 Januari , dilihat sebagai ujian bagi pihak berkuasa ‘rejim tentera’ Mesir, yang telah ditentang dan menghadapi tekanan berat.

Dengan lebih daripada 1,000 orang terbunuh sejak penggulingan Morsi dan beribu-ribu pemimpin Islam ditangkap, ramai yang tidak mengharap dan penyelesaian politik adalah tipis.

“Kehadiran Morsi di mahkamah pasti akan meningkatkan tenaga penyokongnya dan meningkatkan kemungkinan protes baru dan pertempuran ,” kata Shadi Hamid pemikir daripada Brookings Doha Center.

Amnesty International berkata Morsi patut diberikan perbicaraan yang adil, termasuk hak untuk mencabar bukti terhadapnya.

“Kegagalan untuk berbuat demikian akan terus memanggil persoalan motif di sebalik perbicaraan ,” kata pemerhati Amnesty itu, Hassiba Hadj Sahraoui .

Tetapi penganalisis percaya sifat politik perbicaraan akan memandu hasilnya.

“Ini adalah pertama dan utama perbicaraan politik dan salah satu yang penting. Terdapat peluang sifar ia menjadi bebas dan adil, ” kata Hamid.

Sebaliknya, pada malam sebelum kes mahkamah, Jurucakap Kementerian Luar Badr Abdelatty bermulut manis dan berkata “Morsi akan mempunyai hak untuk perbicaraan yang adil dan bebas “.