‘As-Sabiqun’ Tidak Akan Menyerah Kalah

2884

DUNGUN – Kumpulan ‘orang lama’ PAS, As-Sabiqun Dungun akan memastikan generasi mereka tidak akan menyerah kalah walau apapun yang berlaku kepada PAS.

Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd. Ramli menegaskan mereka tidak akan sekali-kali berehat kerana rehat sebenarnya adalah adalah ‘kematian’.

“Rehat kita adalah dengan mati kita dalam perjuangan…..Walhal setakat ni, kita tak akan berehat….dan orang ini tidak sekali-kali akan berasa letih dalam perjuangan”, ujarnya.

Ahli Parlimen Dungun itu berkata demikian ketika berucap pada Program Sarapan Pagi As-Sabiqun Bersama Pemimpin PAS Kawasan Dungun, di Warong Alias, Kampung Sura di sini pada Sabtu 3 Mac.

Oleh itu, beliau berharap golongan veteran PAS itu dapat membantu dalam kemaraan dan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam majlis yang sama, ADUN Rantau Abang, YB Cikgu Alias Harun pula mengajak mereka yang sebelum ini berkhidmat sebagai penjawat awam atau pekerja swasta menggunakan kebolehan dan kemahiran yang mereka miliki untuk perjuangan menegakkan islam.

“ (perjuangan Islam)tidak terhenti selagi Islam tidak ditegakkan dalam bumi Malaysia ini amnya dan Terengganu khususnya..itulah agenda utama kita,” jelas beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Rantau Abang.

Ketua Penerangan PAS Dungun itu juga menyeru agar mereka yang pernah membantu menyumbang tenaga dan wang ringgit, tidak meminggirkan anak muda yang ada sekarang untuk meneruskan agenda perjuangan.

“PAS memerlukan As-Sabiqun bagi memberi semangat dan galakan kepada generasi baru untuk terus istiqamah dengan memberi tunjuk ajar

”dan bantuan mengikut kepakaran yang ada pada diri masing-masing”, katanya kepada seramai 65 orang anggota As-Sabiqun yang hadir.

Sementara itu, Pengerusi As-Sabiqun Kawasan Dungun Ustaz Muhammad Radzuan bin Othman berkata, As-Sabiqun dianggotai oleh ahli-ahli PAS yang berumur 55 tahun ke atas.

”tetapi ada juga yang tidak sampai 55 tahun (namun) disebabkan mereka tidak dapat kembali aktif di dalam PAS, mereka juga menjadi ahli As-Sabiqun,” ujarnya.

Beliau yang ditemui selepas majlis tersebut berkata, ia adalah program julung-julung kali diadakan selepas beliau dillantik sebagai sebagai pengerusi organisasi itu oleh PAS Kawasan Dungun, pada November tahun lepas.

Turut sama di dalam majlis tersebut ialah ADUN Sura, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik.