RUU Akta 355; Reaksi DAP, MCA dan Gerakan Berlebih-lebihan

1631

KOTA BHARU – PAS menyifatkan pihak yang menentang pembentangan Usul Rang Undang Undang (RUU) Persendirian Akta 355 Mahkamah Syariah oleh Presidennya pada minggu lalu sebagai ‘tidak faham undang-undang’ dan memberikan reaksi berlebih-lebihan.

Naib Presiden PAS Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan, akta di parlimen menetapkan bahawa bidang kuasa mahkamah syariah adalah untuk orang Islam sahaja.

IMG_20160531_225049“saya rasa MCA (MIC dan Gerakan) ni dia tidak faham perlembagaan dan undang-undang……mahkamah syariah ni bidang kuasa untuk orang-orang Islam sahaja, dia memang takkan boleh biacarakan orang bukan Islam,

“sebab ia telah ditentukan oleh akta di parlimen, dan kami sendiri pembangkang tak boleh ubah, hanya kerajaan persekutuan sahaja yang boleh ubah,”ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Mukamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia Kali Ke- Ke-56 di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI, di sini semalam 31 Mei.

Beliau memberi amaran kepada reaksi ketiga-tiga parti bukan Melayu itu tentang reaksi mereka yang berlebih-lebihan.

Menurutnya, tindakan pihak terbabit yang menggunakan sentimen agama dalam politik, akan merosakkan negara.

nik amar muktamar 2016“saya rasa DAP, Gerakan, MCA dan MIC ni ‘over react’ kepada isu ini, saya rasa tidak ada asas untuk mereka memberikan reaksi berlebih-lebihan,

“mngkin ada tujuan politik……(sebab) saya nampak mereka sedang bersaing untuk mendapat undi bukan Melayu dan memainkan sentimen agama,

“saya rasa ini tidak sihat……….pendekatan ini (ialah) pendekatan yang tidak sihat………macamana kalau orang Islam pula ambil sentimen agama? Rosaklah negara kira!,”katanya.

Beliau turut menjelaskan, pindaan akta 355 tersebut adalah untuk meningkatkan kedudukan dan keupayaan mahkamah syariah yang sekarang ini adalah lebih rendah dari dari mahkamah majistret.

“agama duduk dibawah Sultan, dengan sendirinya kedudukan Sultan jadi rendah (sekiranya mahkamah syarah rendah kedudukannya),”tambah beliau.

https://youtu.be/gDj8EHOgL7I