Oleh KAM
SETIU – Majoriti generasi peneroka di Felda Chalok Barat kecewa terhadap janji mahu membangunkan perumahan baharu oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
Mereka yang kini sudah ‘berkembang’ sehingga empat generasi, sangat terdesak kerana terpaksa hidup menumpang atau mendirikan tempat berteduh di kawasan halaman rumah ibubapa mereka.


Walaupun semua butiran pembangunannya ada diatas papan itu, namun tiada sebarang catatan bilakah projek tersebut bermula dan tarikh bakal projek itu disiapkan.


Katanya, meskipun semua persiapan pembinaan rumah yang dijanjikan dibayt sejak tahun 2014 lagi, sehingga kini ia belum menjadi kenyataan.
Paling kecewa, menurutnya, jumlah rumah yang akan dbina pada awalnya adalah 300 unit, ia semakin mengecil menjadi 187 unit dan yang terbaru dimaklumkan, hanya 50 unit sahajaa yang akan didirikan.
“Kita (rakyat) difahamkan dahulu 300 unit rumah (akan dibina) untuk generasi Felda dan (tetapi) mengikut papan tanda (hanya) projek 187 unit dan dalam keadaan persediaan tapak ini, kini tinggal 50 unit pula yang akan dibina,
“Walau apa pun, sama ada 187 unit atau 50 unit memang menjadi keperluan mendesak (kepada) anak-anak peneroka untuk rumah generasi baharu.


Beliau menegaskan rumah itu mesti dibina segera tidak boleh ditangguhkan lagi.
Rakannya, Asri Che Hassan, 47, juga sependapat dengan beliau.
Katanya, beliau kini masih tinggal menumpang bersama ibubapanya yang menjadi peneroka Felda sejak tahun 70-an.
“Saya amat perlu kepada rumah ini kerana masih tinggal dengan ibubapa yang menjadi peneroka generasi pertama. Saya pun tidak pasti sampai bila kami boleh hidup menumpang ini.
“Saya lima orang satu keluarga yang tinggal menumpang di rumah ibubapa, masih ramai yang menumpang dengan keluarga…….. tidak kurang dari 400 orang yang telah berkeluarga tapi masih menumpang dengan keluarga,” ujarnya dengan penuh harapan.


Sehubungan itu, seorang peneroka warga emas, Razali Jusoh, 72, mendesak pihak Felda dan kerajaan pusat segera melaksanakan projek perumahan tersebut.
“Saya selaku orang tua di sini rasa kecewa juga dengan perkembangan cadangan membina rumah generasi kedua Felda ini. Sebab, banyak sudah (dibelanjakan) apa yang kerajaan buat untuk penyediaan tapak rumah.
“Jutaan ringgit telah dibelanjakan untuk bina tapak rumah tetapi sampai sekarang masih tidak terlaksana projek itu,” ujarnya.
Katanya, ia menyusahkan rakyat yang menjadi warga Felda kerana terpaksa tinggal dengan ibubapa yang mempunyai anak ramai.





























