Ribut Kedua Melanda; Pohon Solat Hajat Dan Sumbangan

5444

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Pada petang ini Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) sekali dilanda ribut setelah bencana semalam merosakkan lebih 123 buah rumah penduduk.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Haji Ghazali Sulaiman berkata ribut terkini itu melanda pada kira-kira jam 4.15 petang.

Beliau memohon surau dan masjid serta orang ramai menunaikan solat hajat memohon kepada Allah agar penduduk AMBS dilindungi daripada kejadian yang lebih buruk.

“Rumah yang rosak pada petang ini semakin bertambah……saya mohon agar diadakan munajat perdana di seluruh Dun Bukit Besi agar ujian ini bukanlah berbentuk musibah semata-mata,” ujarnya.

Beliau Berkata ketika dihubungi pemberita sebhbentar tadi, pada petang ini Isnin 27 Ogos.

Menurut Haji Ghazali yang juga Pengerusi Majlis Tndakan DUN PAS Bukit Besi, kejadian pada petang ini juga seperti yang melanda kelmarin, tidak disangka-sangka turut menimpa rumahnya.

“saya telah mengesa melalui ‘whatsapp group’ Majlis Tindakan Dun Bukit Besi agar esok sepakat bergotong royong,

“kerana dengan jumlah yang semakin bertambah ini sukar untuk kontraktor siapkan dengan kadar segera,” Jelasnya.

Sementara itu, menurut beliau sebahagian masalah penduduk yang terkena musibah itu telah diselesaikan dan beliau menngucapkan terima kasih diatas tindakan segera dari Anggota Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam yang turun membantu.

“Kita amat mengalukan-alukan sumbangan dari pelbagai pihak yang sudi untuk menghulurkan bantuan,

“melalui sumbangan itu dapatlah dipercepatkan proses baik pulih rumah-rumah penduduk yang telah rosak,” ucapnya.

Justeru itu, beliau menyeru para dermawan dan muhsinin agar sudi menghulurkan bantuan dan derma wang tunai boleh dibuat melalui akaun Maybank No. 563091019428 diatas nama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Besi.