Ribut 30 Saat, 63 Rumah Rosak

1906

Oleh : M.Faizal Nahwan Abdullah

KEMAMAN – Sebanyak 63 buah rumah penduduk di Taman Fikri Fasa Satu, rosak akibat ribut yang melanda kawasan tersebut hanya selama 30 saat sahaja.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Haji Hanafiah Mat yang masih dalam keadaan ‘uzur’, segera ‘turun padang’ bagi melihat sendiri kesukaran yang menimpa rakyat.

Beliau berharap, penduduk yang menerima ujian dari Allah itu bersabar dan berjanji akan berusaha membantu mereka terjejas.

bencana itu berkata, penduduk memaklumkan sejak tinggal disitu melebihi 25 tahun, inilah kali pertama taman perumahan mereka dilanda ribut.

“Saya berdoa mangsa-mangsa ribut agar tabah dengan ujian yang melanda disamping itu kita turut menyampaikan sedikit sumbangan agar dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh para mangsa yang terlibat.

“Dengan sumbangan ini, diharap para mangsa mengetahui bahawa kami juga merasai kesusahan mereka dan kita berdoa agar mereka diberi ketenangan oleh Allah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan bersama Yang DiPetuan PAS Kemamam Ustaz Alias Abdul Hamid pada Selasa 2 Januari.

Menurutnya, beliau dimaklumkan, angin kencang tersebut turut melanda Kolej Kemahiran Tinggi Mara yang menyebab sebuah binaan runtuh.

Justeru itu, beliau memohon agar pihak berkuasa membaik pulih segera semua kerosakan akibat ribut itu.

Turut sama dalam lawatan itu ialah Timbalan Yang DiPertua PAS Ustaz Nik Muhammad Nasri, Ketua Dewan Pemuda Ustaz Ramlan Haji Mahmood, dan Ketua Penerangan Ustaz Hazri Jusoh serta Ketua Dewan Muslimat Kawasan Kemaman, Ustazah Fainah Mat.