Rakyat Zahir Kesediaan Ubah Kerajaan

2088

SETIU – Rakyat sudah menzahirkan kesediaan mereka, melakukan satu perubahan yang besar untuk merubah kerajaan pada hari ini kepada pemerintahan baru yang lebih baik pada pilihan raya umum (PRU)ke 14.

Exco Dewan pemuda PAS Negeri Terengganu Ustaz Mohd Shafizi Ismail berkata, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) masih belum peka walaupun ‘signal’ telah ditunjukkan oleh rakyat.

“Selama 60 tahun kerajaan BN telah memerintah negara kita telah menyaksikan pelbagai perkara sudah berlaku,

“Dalam suasana semua rakyat boleh melihat apa yang terjadi selama dalam pemerintahan tersebut,” katanya.

Beliau yang juga merupakan calon PAS N08 DUN Batu Rakit ditemui pihak media dalam Motivasi pagi pada Ahad, 6 Mei.

Katanya, PAS merupakan satu parti yang bersih untuk mengambil tampuk pemerintahan yang ada pada kali ini dan memetik sirah perjalanan hidup nabi.

“Di dalam Islam nabi mengajar umatnya supaya memilih pemimpin yang baik bahkan nabi SAW mengajar doa kepada kita ‘Ya Allah Ya Tuhanku jadikan orang yang baik-baik di kalangan kami untuk memimpin dan janganlah memilih orang jahat untuk menjadi kerajaan memerintah kami’,

“Dan doa ini menunjukkan kami bahawa Nabi SAW menitik beratkan supaya kita memilih pemimpin yang baik,” ujarnya.

Menurutnya, memilih pemimpin ini adalah tanggungjawab yang sangat besar dan perlu diambil oleh rakyat keseluruhannya.

“Saya mendoakan kepada semua yang berada diluar sana khususnya penduduk di DUN Batu Rakit supaya sama-sama bangkit untuk keluar pada 9 Mei,

“Bagi mengambil tanggungjawab untuk memilih kerajaan yang lebih baik dan adil pada PRU ke 14 nanti,”tambahnya lagi.

Justeru saya menyeru kepada semua supaya keluar awal pada 9 Mei untuk kita membuang undi bagi memenangkan parti PAS pada kali ini.