Rakyat Sedia Untuk Berhimpun Sekali Lagi!

5566

Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih berdegil untuk meratifikasikan ICERD, rakyat bersedia untuk turun berhimpun sekali lagi!.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun berkata, orang Melayu Islam akan menyahut seruan kepimpinan mereka jika hak mereka terus diganggu gugat.

“Himpunan hari ini menyaksikan hampir 500, 000 orang hadir, hampir semuanya terdiri daripada Melayu Islam,  tidak kira politik dan mereka akan kembali berhimpun jika tuntutan mereka tidak diendahkan,” tegas beliau yang turut hadir di Himpunan Aman Bantah ICERD di Dataran Merdeka bersama keluarga.

Pengarah Majlis Tindakan DUN itu berkata demikian ketika dihubungi pada 9 Disember.

“Sebab apabila orang bukan Islam sentuh tentang agama Islam tentang hak-hak Melayu, tentang Bahasa Melayu tentang Ketuanan Raja-raja Melayu maknanya orang Melayu akan bangkitlah,” terang beliau lagi.

Menurut Alias, orang Melayu Islam telah banyak bertolak ansur untuk keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

Cikgu Alias Harun(kanan sekali) di Himpunan Aman Bantah ICERD

“Sebagai orang Islam, kita tahu ajaran Islam kita tidak khianat kepada bangsa, agama orang lain, jadi kita pun sudah pun berkompromi tentang hak-hak kita , ” jelas beliau.

Beliau turut menafikan dakwaan-dakwaan yang mengatakan himpunan sebegitu boleh melumpuhkan perniagaan di sekitar tempat perhimpunan dan gambaran negatif terhadap
peserta-peserta yang hadir.

“Di premis-premis perniagaan di situ penuh orang, bukan saja dia(peserta himpunan) duduk situ tetapi dia berbelanja, sudah tentu ini merancakkan perniagaan pada hari itu” .

“Jadi kalau orang kata kenapa kita lihat tenang kali ni?.

“Sebab yang turun ke jalan-jalan nilah orang Melayu beragama Islam yang mempunyai etika Islam, ” tambahnya.