Projek PGBF Kerteh 5 Tidak Siap Sejak 2012

5518

KEMAMAN – PAS sangat prihatin dengan nasib yang menimpa generasi kedua dan ketiga Felda Kerteh 5, menunggu-nunggu rumah mereka yang masih belum siap, setelah dijanjikan sejak tahun 2012.

Ia bukan sahaja mencerminkan ketidakcekapan kerajaan lalu mentadbir, bahkan menyusahkan rakyat yang terpaksa hidup tidak selesa, menyewa atau tinggal lebih dari satu keluarga dalam sebuah rumah.

Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Kemasik Ir. Shaiful Azmi Suhaili berkata, projek Perumahan Generasi Baru Baharu Felda (PGBF) tersebut keseluruhannya bernilai RM1.4 bilion, bagi membina 20,000 unit rumah di seluruh negara.

Katanya, Felda Wilayah Terengganu mendapat peruntukan sekitar RM20 juta membina 300 unit rumah di Felda Kerteh 5.

”sehingga kini sudah enam tahun berlalu, Perumahan Generasi Baru Felda masih belum siap, sudah bertukar tiga kontraktor dan telah dilawati oleh Pengersi Baru Felda pada tahun lalu,

”sepatutnya ia telah siap dan diberi milik, kita lihat perkembangan projek sangat perlahan…..hari ini pun, tidak ada seorang pekerja di sini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau pembinaan rumah itu di tapak Projek tersebut di Felda terbabit, pada Rabu 18 April.

Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Pengerusi Generasi Felda Terengganu Naraza Muda.

Ir. Shaiful kesal kerana kontraktor yang baru dilantik,, masih gagal menyiapkannyasejak memiliki tapak projek itu sejak empat tahun lalu.

Sedangkan kata jurutera itu, secara profesionalnya, kerja-kerja pembinaan rumah tersebut bukanlah satu kerja yang rumit.

”projek in sepatutnya mudah…..boleh disiapkan (dengan singkat) kerana pada kita…..kita lihat, (pembinaan) bangunan (rumah) ini sangat mudah,

”tidak kritikal….ia (suatu) kerja yang rutin yang tidak rumit untuk disempurnakan dengan segera,” tegasnya.

Namun begitu menurutnya, sekiranya ia terlalu lambat siap, ia akan menimbulkan kos-kos lain yang meningkatkan harga projek tersebut, umpamanya kerosakan dan vandalisme.

Oleh itu, kata beliau, jika sekiranya PAS diberi kepercayaan oleh rakyat pada pilihan raya umum akan datang, dapat memerintah negeri Terengganu dan kerajaan pusat, projek tergendala itu dapat disempurnakan.

”kalau kita diberi mandat untuk memerintah atau mengurus tadbir negeri dan Malaysia selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti,

”kita mampu menyelesaikan projek yang terbengkalai ini kerana kita melihat ia mudah dilaksaanaka kecuali (terdapat) salah urus yang berlaku sebagaimana sekarang,” jelasnya yang menambah, ia boleh diselesaikan dengan pemimpin yang amanah.

Justeru beliau mengajak seluruh warga Felda, khususnya generasi kedua komuniti Kerteh 5, yakin kepada pemimpin PAS.

”saya menyeru…..terutama sekali kepada warga Felda, generasi baharu, untuk beri keyakinan kepada kita (mengundi) PAS pada PRU14 nanti,

”masalah-masalah yang ‘remeh’ ini dalam masa segera, in shaa Allah,” tegas beliau lagi.