Program Pertama Bersama Geng Ngail Pemuda Bukit Besi

824

DUNGUN – Merasmikan tugas sebagai ketua Lajnah Dakwah, Kesenian & Kebudayan yang baru Ustaz Azman Shapawi Abd Rani, hari ini berada di sebuah Hutan di Hulu Dungun bersama Geng Ngail Pemuda PAS MTD Bukit besi.

Bermula dengan taklimat program dan adat peraturan ketika berada dibelantara, disusuli solat asar berjamaah dan tazkirah ringkas. Seramai 20 peserta program yang sebahagian AJK Pemuda DUN dilihat agak teruja.

azman2Dengan pengertian dakwah yang cukup besar dan luas, kekuatan pendakwah mestilah padu dan bersedia memperkenalkan pendekatan yang berbeza dari biasa dan perlu selari dengan kehendak golongan sasar.

Beliau menganggap tugas yang disandarkan kepada beliau oleh pimpinan perhubungan PAS Terengganu satu amanah besar yang wajib dilaksana sebaik mungkin untuk memberi satu impak kefahaman Islam secara meluas bukan kepada ahli PAS sahaja malah seluruh manusia.

Sekitar jam 5 petang aktiviti ngail dimulakan dan peserta melabuh kail masing-masing sementara menunggu maghrib, disusuli kuliah dan Solat Isyak berjamaah. Satu slot khas tentang perjuangan PAS akan dibentangkan sebelum peserta semua melabuh kail di lubuk-lubuk sepanjang sungai Lok di hutan Kampung Tepus.

Mereka akan bermalam dan di dalam Hutan dengan kemudahan terhad dan akan mengisi Rohani dengan Kuliah subuh yang menjurus pengertian dan rintangan dalam perjuangan PAS masa kini.

Ketua Program Geng Ngail CW. Md. Abdul Hanis CW. Ahmad berharap program seperti ini perlu diperluaskan penganjuranya agar dapat melahirkan pemuda yang betul lasak dan berpengetahuan tentang alam hutan rimba dan diterjemahkan dalam gerak kerja perjuangan.