PKK Durian Burung Pohon Kerjasama Banteras Rempit ‘Malam Raya’

1979

KUALA TERENGGANU – Persatuan Kepolisan Komuniti Durian Burung (PKK DB) memandang berat kesusahan yang menimpa komuniti setempat dan pengguna jalanraya ekoran kegiatan merempit yang tidak bermoral.

Situasi keselamatan kampung khususnya pada setiap malam Hari Raya, turut meresahkan kedua ibu bapa, bimbang anak-anak remaja terikut-ikut ‘gejala negatif’ rakan sebaya.

IMG-20160630-WA0008“ada yang sanggup berjaga sepanjang malam Raya dengan meninggalkan rumah dan keluarga untuk terlibat gejala tidak berfaedah malah membahayakan nyawa.

“Ekoran itu PKK DB bersama Polis Di Raja Malaysia Terengganu telah menyelesaikan mesyuarat penyelarasan Operasi Banteras Jenayah dan Anti Rempit Malam Raya pada 29hb Jun 2016 bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu,”ujar Pengerusinya, Hj Ahmad Amzad Hashim.

Beliau berkata, operasi akan bermula pada malam Eidul Fitri yang dijangka pada 6hb Julai 2016 dengan berpusat di Al-Ikhlas, Masjid Lama Durian Burung dan tamat menjelang subuh.

Katanya, beberapa NGO akan turut membantu antara lain Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI), GASAK (4WD), MDG, BANTU dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) selain pelbagai persatuan penduduk kampung.

IMG-20160630-WA0010“PDRM telah berjanji untuk mengaturkan pelbagai langkah pencegahan yang khusus dengan tidak teragak agak bertindak tegas bagi menjaga ketenteraman dan kelancaran jalanraya.

“Rakyat khusus penduduk kampung kampung terlibat diseru untuk turut sama melibatkan diri dalam program keselamatan komuniti ini yang dapat dinikmati faedahnya oleh semua,”tegas Amzad.

Sehubungan itu, beliau sangat-sangat berharap agar Ibubapa mengawal anak-anak.

“Malam Raya seharusnya kita bersyukur kepada Allah kerana kita dapat bergembira bersama keluarga dan bukan menangisi suatu kemalangan,

“atau terpaksa menghadapi kesulitan ekoran anak yang ditahan pihak berkuasa,”tambahnya