Ambulan Untuk Kerja Amal Membantu Ummah

2067

Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang serta sokongan kepada YAMCT dalam meneruskan lagi kerja amal kebajikan. YAMCT berjaya mengumpul dana dan membeli sebuah Ambulans bagi kegunaan masyarakat khususnya di negeri Terengganu Darul Iman.

Operasi khidmat Ambulans ini akan dimulakan sepenuhnya pada 15 Julai 2016. Proses akhir penyediaan kelengkapan dan label dalam dua minggu dari sekarang. Pemilihan jawatan pemandu Ambulans juga akan diadakan a minggu ini.

Pihak pengurusan YAMCT akan mengumumkan kaedah bagaimana masyarakat ingin mendapatkan perkhidmatan ambulans ini dalam tempoh terdekat setelah proses akhir siap sepenuhnya.

YAMCT juga mengalu-alukan segala sumbangan bagi menjamin operasi perkhidmatan ambulan ini berjalan lancar. Sumbangan keewangan boleh disalurkan kepada pegawai operasi kerja YAMCT Sdr Sauji Abdul Rashid.

Akhir sekali saya bagi pihak YAMCT mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan wujudnya Ambulans Amal Malaysia Cawangan Terengganu yang pertama ini.

Dr Suhazeli Abdullah
Pengerusi YAMCT
fb.com//Amalterengganu

30 Jun 2016.